Siakap Keli
Gambar via Screen Rant

10 Chef Anime Terbaik, Makanan Mereka Menggiurkan!

10 Chef Anime Terbaik, Makanan Mereka Menggiurkan!

Sekiranya anda penggemar anime, pasti anda pernah melihat makanan-makanan dalam cerita yang ditonton kan? Kadang-kadang, makanan dalam anime itu nampak tersangatlah sedap. Lebih-lebih lagi apabila cerita itu memang menunjukkan cara-cara mereka memasak.

Mesti anda semua pernah rasa terliur apabila melihat masakan mereka. Rasa macam nak saja masuk dalam dunia anime itu untuk rasa makanan mereka. Padahal, makanan-makanan yang ditunjukkan itu ada saja di dunia nyata.

Kalau bercakap pasal makanannya, mestilah kena cakap mengenai chef yang telah masak masakan-masakan itu. Antara dalam ramai-ramai chef anime, ini merupakan antara chef anime yang terbaik!

10 Chef Anime Terbaik

Ye Jiayao

Gambar via IMDb

Ye Jiayao merupakan watak dalam anime Cinderella Chef yang diadaptasi dari cerita asalnya yang ditulis oleh Zi Yi 281. Cerita ini mengisahkan watak Ye Jiayao yang mahu menjadi seorang chef yang tersohor. Dia telah mendapat peluang untuk mencapai cita-citanya apabila dia telah dibawa ke zaman purba China dan perlu memasak untuk meneruskan kehidupannya.

Ramai orang telah terpikat dengan masakannya kerana dia telah menggabungkan cara masakan dari dunia moden, teknik masakan dan juga pemahaman yang mendalam mengenai masakan tradisional.

Ye Jiayao mempunyai pengetahuan dalam sejarah masakan, dari resipi purba hinggalah ke falsafah masakan. Jadi, tidak hairanlah kalau anda semua mahu rasa makanan yang dimasak olehnya.

Teuchi

Gambar via Fandom Wiki

Siapalah yang tidak kenal dengan watak Teuchi, ini? Dia merupakan watak penjual ramen kegemaran Naruto dalam siri manga Naruto oleh Masashi Kishimoto dan diadaptasikan oleh Studio Pierrot. Teuchi dikenali sebagai salah seorang watak yang tidak pernah membenci Naruto.

Teuchi terkenal dengan ramennya yang telah menjadi makanan kegemaran Naruto dan mempunyai kedai ramennya sendiri iaitu Inchiraku Ramen. Kedai ramennya itu mempunyai reputasi dikalangan shinobi di Konoha kerana Teuchi sering memastikan ramen di kedainya adalah ramen yang paling lazat.

Selain daripada menyediakan ramen yang sedap, Teuchi juga mempunyai perwatakan yang menyenangkan.

Komatsu

Gambar via Fandom Wiki

Komatsu merupakan watak daripada manga Toriko yang dicipta oleh Mitsutoshi Shimabukuro. Cerita ini mengisahkan Toriko yang merupakan seorang gourmet hunter dan Komatsu telah mengikutinya dalam pencariannya untuk mencari bahan-bahan masakan yang terbaik.

Perjalanan mereka itu telah memberikan ruang untuk Komatsu meningkatkan kemahiran memasaknya. Ia juga telah membuat Komatsu untuk mengatasi ketakutannya, mengurangkan rasa bangga diri dan merealisasikan impiannya.

Komatsu mempunyai kelebihan yang dipanggil Voice of Ingredients. Ia membenarkannya untuk mendengar suara bahan-bahan masakan dan daripada suara mereka itulah membolehkan dirinya untuk masak sesuatu masakan tidak kiralah masakan itu susah dimasak atau tidak.

Liu Maoxing

Gambar via IMDb

Watak daripada manga Chuka Ichiban oleh Etsushi Ogawa dan diadaptasi oleh Nippon Animation ini, merupakan seorang remaja yang membesar dalam bidang kulinari kerana emaknya mempunyai sebuah restoran yang terkenal.

Namun, setelah kematian emaknya itu, Liu Maoxing telah mengikut jejak emaknya sebagai seorang chef walaupun kebanyakan orang menyuruhnya untuk mencari bidang yang baru. Kehidupannya agak susah pada mulanya, tetapi dia berjaya untuk meneruskan perniagaan keluarganya dan menjadi seorang chef yang tersohor.

Membesar dengan persekitaran restoran telah menjadikan memasak sebagai sesuatu yang sangat mudah untuk dirinya. Tiada masakan yang tidak boleh dimasak olehnya dengan hanya sekali pandang dan dia pasti akan menambah citarasanya yang tersendiri untuk resipi-resipi yang sudah lama.

Ryo Machiko

Gambar via Wikipedia

Ryo Machiko merupakan watak daripada siri manga Koufuku Graffiti oleh Makoto Kawaii dan ia telah diadaptasi menjadi sebuah anime oleh Shaft Animation. Watak ini merupakan watak pelajar sekolah yang mempunyai kemahiran memasak atas didikan neneknya.

Tetapi, setelah kematian neneknya itu, Ryo Machiko mendapati bahawa makanannya tidak kelihatan menyelerakan seperti kebiasannya. Ia telah membuatkan dirinya kemurungan kerana risau akan kehilangan kemahiran memasaknya itu.

Namun, apabila dia mengajak ahli keluarganya dan rakan-rakannya untuk berkunjung ke rumahnya untuk menikmati hidangan bersama, dia mendapati cara terbaik utnuk menikmati makanan adalah dengan berkongsi dengan orang lain.

Vinsmoke Sanji

Gambar via Wikipedia

Ada sesiapa yang tidak mengenali watak yang dicipta oleh Eiichiro Oda, ini? Dia merupakan antara salah satu watak yang terkenal dalam siri anime One Piece. Sanji merupakan salah seorang daripada Straw Hats Pirates dan dia bukan saja merupakan seorang fighter mereka yang terbaik, dia juga merupakan satu-satunya chef yang mereka ada.

Sanji mempunyai kemahiran memasak yang sangat tinggi dan kemahirannya itu semakin meningkat apabila dia mengikuti mereka menjelajah untuk mencari One Piece. Bukan itu sahaja, Sanji turut menuliskan resipi untuk masakan-masakan kegemarannya.

Dengan penjelajahannya juga, ia pasti akan memperkenalkannya kepada rasa masakan yang pelbagai. Tidak hairanlan kenapa dia menjadi seorang chef yang hebat.

Senku Ishigami

Gambar via Wikipedia

Peminat manga Dr.Stone oleh Riichiro Inagaki dan mempunyai adaptasi anime oleh TMS Entertainment pasti mengenali watak ini. Cerita ini mengisahkan Senku Ishigami yang mahu membangkitkan semula tamadun manusia setelah manusia menjadi batu.

Dia menggunakan kaedah saintifik untuk mencapai matlamatnya itu dan kaedah itu juga digunakan untuk makanan. Dalam episod lapan anime itu, Senku Ishigami telah menggunakan kaedah Alton Brown untuk memasak dan penyediaan makanan.

Kaedah yang digunakannya itu telah berjaya membantunya untuk mencipta semula ramen beribu tahun selepas manusia menjadi batu. Ia jelas menunjukkan kemahirannya dalam memasak.

Senshi

Gambar via Wikipedia

Senshi merupakan watak daripada manga Delicious in Dungeon oleh Ryoko Kui dan ia bakal mendapat adaptasi anime daripada Studio Trigger.

Senshi adalah seorang chef dan juga seorang warrior yang boleh membuat apa saja masakan menggunakan bahan-bahan yang ada disekitarnya. Tidak kisahlah apa yang ada di dungeon itu, seperti daging naga, dia tetap mampu membuat masakan yang sangat sedap dengan bahan-bahan yang sedia ada itu.

Kelebihannya untuk membuat masakan enak dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang terdapat di dungeon itu saja telah menunjukkan mengapa dia menjadi antara chef anime yang terbaik.

Yoichi Ajiyoshi

Gambar via Wikipedia

Mister Ajikko merupakan karya Daisuke Terasawa yang diadaptasi oleh Sunrise Studio. Yoichi Ajiyoshi merupakan seorang chef dalam cerita ini. Dia mampu membuat masakan yang dapat memuaskan hati sekumpulan orang yang mempunyai citarasa yang pelbagai.

Pada umurnya 14 tahun, dia telah diuji dengan beberapa chef terbaik di Jepun tetapi dia telah berjaya membuktikan bahawa di lebih hebat daripada mereka. Kemahiran memasaknya itu telah membuat chef-chef yang lain mahu mencabar kedudukannya sebagai seorang chef yang terbaik, namun tiada siapa yang berjaya melakukannya.

Setiap kali dia kemahiran memasaknya diuji, ia telah meningkatkan lagi kemahirannya itu. Ia juga telah membekalkan dirinya dengan pengalaman, innovasi dan keinginan untuk membuat masakan yang disukai ramai.

Yukihira Soma

Gambar via IMDb

Food Wars! merupakan karya ciptaan Yuto Tsukuda dan diadaptasi oleh J.C. Staff. Watak Yukiro Soma ini merupakan watak yang mahu menjadi seorang chef yang terhebat di dunia sejak kecil lagi.

Namun, dia mempunyai seorang ayah yang mempunyai pengalaman yang lebih banyak dalam bidang masakan dan menurut ayahnya itu, perjalannya masih jauh untuk mencapai cita-citanya itu. Dia telah dihantarkan sebuah sekolah kulinari untuk terus membuktikan bahawa dia seorang chef yang hebat.

Setiap cabaran yang dilalui olehnya telah memberikannya kepekaan dalam memasak dan juga sifat daya saing yang tinggi. Ia telah membolehkannya untuk membuktikan dia merupakan chef terbaik yang termuda di negaranya itu.

Selain itu, dia juga kreatif dengan masakannya dan mempunyai sifat kerjasama yang membolehkannya untuk berkawan dengan tukang masak yang lain dan berkongsi idea bersama mereka mengenai cara memasak sesuatu masakan itu dengan baik.

Antara semua chef yang dinyatakan, yang mana satukah pilihan anda sebagai chef terbaik? Atau adakah anda mempunyai chef lain yang anda rasa patut tersenarai juga?

Sumber: Screen Rant

BACA JUGA: Cicak Lidah Biru, Takutkan Pemangsa Gunakan Lidah

Nurul Alya