Siakap Keli

Amri Yahya Umum Bersara Sebagai Pemain Bola Sepak Profesional

Amri Yahya Umum Bersara Sebagai Pemain Bola Sepak Profesional

Perlawanan terakhir Liga Super semalam antara Sabah FC dan Kedah FC juga menjadi perlawanan terakhir dalam karier profesional pemain veteran negara, Amri Yahya. Amri Yahya mengumumkan persaraan beliau sebagai pemain profesional dan mengakhiri kariernya secara rasmi semalam.

Amri yang sudah tiga musim bersama Sabah FC sejak 2021, sentiasa menjadi contoh kepada pemain-pemain lain dengan komitmen yang diberikan. Sabah FC juga dalam satu kenyataan, Amri Yahya sangat disenangi di Sabah sehinggakan para penyokong gelar beliau sebagai Ketua Kampung Likas.

 

Dalam satu video tribut untuk Amri Yahya, ketika temubual bersama penyokong, mereka mengucapkan terima kasih buat Amri Yahya yang telah menabur bakti bersama Sabah FC. Peminat juga mneggelar beliau sebagai ‘Budak Nakal’ kerana gelagatnya di dalam dan luar padang yang kadang mencuit hati penyokong Sabah.

Amri memulakan karier bola sepaknya bersama pasukan remaja Selangor, kemudian diserap ke pasukan senior Selangor FA (kini dikenali sebagai Selangor FC) dan mula mencipta nama disana. Untuk rekod bersama Selangor, Amri Yahya membuat 210 penampilan dan menyumbangkan 71 gol.

Bersama Selangor, Amri berjaya memenangi 2 kali gelaran Liga Super, 3 kali Piala FA, 2 kali Piala Malaysia, 3 kali Piala Sumbangsih dan sekali selaku juara Liga Perdana. Ternyata, Amri melengkapkan kariernya dengan memenangi kesemua Piala Liga Malaysia ketika bersama Selangor.

Tahun 2014, Amri Yahya melengkapkan perpindahan ke kelab gergasi Liga Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas 12 tahun bersama Selangor. Walaupun dikelilingi pemain import, Amri Yahya berjaya membuat 54 penampilan dan menyumbang 10 gol. Amri juga berjaya memenangi  3 kali juara Liga Super, Piala Malaysia, 2 kali juara Piala Sumbangsih dan yang paling berprestij, Piala AFC pada tahun 2015 bersama JDT.

Pada usia 36 tahun, Amri Yahya masih lagi ‘panas’ dalam pasaran Liga Malaysia. Destinasi beliau selepas JDT adalam Melaka United. Tapi jodohnya bersama Melaka tak panjang dan hanya sempat membuat 10 penampilan dan tiada gol yang dijaringkan.

amri yahya bersara

Kemudian, pada tahun yang sama (2017), Amri Yahya kembali semula ke Selangor. Bagai sireh pulang ke gagang, walaupun sudah menjangkau usia pertengahan 30-an, Amri tetap memberikan komitmen tidak berbelah bahagi dengan membuat 44 penampilan dan mencetak 8 gol sehingga 2019.

amri yahya bersara

Selepas berkelana di Shah Alam selama hampir 3 musim, Amri meneruskan karier beliau di bumi Borneo. Amri setuju menyertai pasukan Sarawak pada tahun 2020. Namun, nasib di Sarawak aga suram apabila beliau hanya membuat 11 penampilan dengan menjaringkan 2 gol.

amri yahya bersara

Dan pada usia 40 tahun, Amri Yahya dilamar pasukan Sabah FC dan berkelana di sana selama dua tahun sebelum mengambil keputusan untuk bersara pada usia 42 tahun. Ternyata, Amri Yahya seorang pemain legenda yang sudah memiliki segalanya dalam karier beliau. Amri juga sudah memiliki semua piala domestik dan ditambah piala AFC yang dimenangi bersama JDT.

Karier beliau sebagai pemain kebangsaan pun tidak kurang hebatnya. Amri memiliki 64 caps bersama skuad Harimau Malaya dan sudah menjaringkan 15 gol secara keseluruhan. Siapa masih ingat lagi dua gol Amri Yahya menewaskan penjaga gol Edwin Van Der Sar dan Ben Foster dalam perlawanan persahabatan menentang Manchester United?

Sudah tentu, itu antara jaringan paling diingati Amri secara peribadi dan akan diingati penyokong Malaysia jika sebut nama Amri Yahya.

Sumber: Sabah FC

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)