Siakap Keli
wakil mangsa langgar mahkamah
Kredit: BERNAMA

Wakil Keluarga Mangsa Langgar Hadir Ke Mahkamah

Wakil Keluarga Mangsa Langgar Hadir Ke Mahkamah

Wakil keluarga pelajar lelaki 17 tahun yang maut dilanggar kereta berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, Ipoh hadir di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini bagi mengikuti pertuduhan, memetik Bernama.

Menurut wakil, bapa mangsa, Muhd Zamrie Zainal Abidin, 55, berada dalam keadaan yang baik dan akur dengan percaturan yang ditetapkan.

“Buat masa sekarang ini, Alhamdulillah. Dia (bapa mangsa) macam dah hampir terima apa yang berlaku. Kami semua reda dengan pemergian mangsa,” katanya ketika ditanya pemberita pada Isnin.

Semalam, media melaporkan keluarga mangsa langgar telah melantik peguam bagi memastikan siasatan kes itu dijalankan secara telus.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husin berkata tindakan mendakwa pegawai berpangkat DSP itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaaan di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini diputuskan Jabatan Peguam Negara berdasarkan bukti dan keterangan yang diperoleh hasil siasatan menyeluruh oleh pegawai penyiasat.

Sebelum ini, media melaporkan Muhd Zamrie Zainal Abidin, 55, sejak peristiwa hitam itu sehinggalah hari ini tidak mampu menjamah makanan kerana sentiasa terkenang arwah anaknya Muhammad Zaharif Affendi.

“Sampai hari ini pun, dia (Muhd Zamrie) masih belum makan apa-apa, kecuali air (minum) sahaja. Dia tidak boleh makan… apabila teringat dekat anak, dia tak mampu nak suap makanan, nasi pun tak boleh, air saja yang boleh tampung,” kata ibu mangsa, Mimi Julia Ismail, 50, kepada pemberita di rumah mereka di sini hari.

Pada 15 Dis, tular di media sosial seorang pelajar lelaki maut selepas motosikal yang dinaikinya dilanggar dan diseret sebuah kereta di Jalan Taman Jati berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, di sini dipercayai dipandu oleh seorang pegawai kanan polis berusia 44 tahun.

Sumber: @bernamadotcom/X

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana