Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
cemburu motif wanita ditikam
Gambar: Bernama

Wanita Maut Ditikam Beberapa Kali Di Klang 

Iqbal Yasir

Wanita Maut Ditikam Beberapa Kali Di Klang

SHAH ALAM, 19 Dis (Bernama) — Seorang wanita tempatan maut akibat ditikam beberapa kali pada bahagian depan dan belakang badan oleh seorang lelaki, dalam kejadian yang berlaku di Jalan Bayu Tinggi 5, Taman Chi Liung, Klang petang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata pihaknya menerima laporan pada 2.17 petang berkenaan kejadian itu, daripada seorang wanita yang menyatakan mangsa ditikam oleh seorang lelaki tempatan, yang kemudiannya membawa wanita itu menaiki kereta.

“Hasil siasatan mendapati pada 1.20 tengah hari semalam, mangsa berusia 26 tahun itu berjumpa dengan suspek di sebuah restoran sekitar Jalan Bayu Tinggi 6 dan selesai makan mereka berdua pergi ke lokasi parkir kereta di Jalan Bayu Tinggi 5.

“Apabila sampai di kereta Chevrolet berwarna perak, suspek telah menikam mangsa beberapa kali di badan menggunakan pisau dan kemudian memasukkannya ke dalam kereta itu sebelum beredar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata lelaki itu kemudian terus memandu ke rumahnya di Jalan Sungai Nibong 5, Kapar dan sebaik tiba, suspek cuba mengejutkan mangsa namun tidak berjaya.

BACA JUGA: Rapid Rail Sahkan Tayar Monorel Terbakar, Perkhidmatan Beroperasi Seperti Biasa

Suspek berumur 44 tahun itu kemudian telah mencederakan diri sendiri dengan menikam badannya dipercayai menggunakan pisau yang sama, sebelum polis tiba di lokasi pada jam 4.20 petang bagi menahan lelaki itu.

“Pemeriksaan di dalam kereta menemukan mangsa di bahagian tempat duduk penumpang hadapan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan pihak ambulans yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan wanita itu telah meninggal dunia. Unit forensik polis juga menemukan pisau dipercayai digunakan suspek,” katanya.

Cha berkata suspek yang tidak mempunyai sebarang rekod lampau, kini direman selama tujuh hari sehingga 25 Dis dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau memberitahu bedah siasat yang dijalankan hari ini mendapati, mayat mangsa mempunyai banyak kesan tikaman di bahagian depan dan belakang badan dan punca kematian ialah disebabkan kesan tikaman di dada yang tembus ke jantung.

“Polis masih menyiasat mengenai punca kejadian dan pada masa sama pegawai penyiasat sedang melengkapkan siasatan seterusnya akan merujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Sumber: BERNAMA