Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Harta Sepencarian Bersama Suami Kini 100 Peratus Milik Aisyah Hijanah

Nurhanis
aisyah harta sepencarian
Kredit: Aisyahhijanah/Instagram

Harta Sepencarian Bersama Suami Kini 100 Peratus Milik Aisyah Hijanah

Setelah lama berdiam diri berkaitan isu rumah tangga, personaliti media sosial, Aisyah Hijanah tampil mendedahkan harta sepencarian bersama suami, Alif Teega telah dipindah sepenuhnya ke atas namanya selepas persetujuan mereka berdua.

Dalam satu perkongsian di Instagram, Aisyah berkata harta sepencarian yang dimaksudkan adalah termasuk perkongsian perniagaan, Hijannah, rumah, kereta dan aset-aset lain.

“Dengan izin Allah, segala hasil titik peluh yang dibina from scratch bersama suami (aset harta sepencarian), telah dipindahkan 100 peratus kepada milik Aisyah termasuklah share @hijanahofficial 100 peratus, rumah, kereta dan aset-aset yang lain.

“Jangan hancurkan semuanya hanya disebabkan amarah kita. Pastikan hak dan usaha anda dilindungi. Catat semua aset bersama dan buat satu perjanjian khas. Kalau mampu upah peguam, silakan,” katanya dalam satu hantaran terbaru yang dimuat naik.

Aisyah yang berusia 25 tahun itu berkata pada awalnya dirinya mungkin terasa seperti hilang arah tetapi apabila berdamai dengan takdir, pasti akan diberikan jalan untuk selesaikan masalah tersebut.

Menurutnya, perkara yang dilakukan bukan bermakna menunjukkan dirinya gila harta tetapi ia lebih kepada mahu menjamin masa depan anak-anak.

“Bukan bermakna kita tamak atau gila harta, tetapi kita mahu beri jaminan kepada masa depan kita dan anak-anak.

“Sentiasa minta Allah petunjuk dan cari jalan yang terbaik. Kita perlu pandai kawal emosi dan kekal bertenang. Kalau tidak, rosak segalanya,” ujarnya.

BACA: Harta Karun Keluarga Ketika Perang Dunia Kedua Ditemui Selepas 80 Tahun

Dalam pada itu, Aisyah sempat menitipkan pesanan buat wanita yang mempunyai nasib sama sepertinya untuk kekal berfikiran waras dalam membuat keputusan.

“Bagi wanita yang dipoligamikan, Aisyah harap hantaran kali ini membantu untuk anda semua. Poligami bukanlah perkara yang haram, tetapi tidak semua wanita boleh terima.

“Ingat untuk memastikan pastikan diri kalian terjamin dahulu termasuklah anak-anak. Jangan terburu-buru nak bercerai.

“Aisyah doakan agar mana-mana wanita yang dalam ujian yang sama, diberikan kekuatan dan ketenangan hidup bersama suami dan anak-anak. Semoga membantu,” titipnya.

Beberapa bulan yang lalu, Alif Teega mendedahkan dirinya telah berkahwin dengan isteri kedua hingga mencetuskan perbualan dalam kalangan masyarakat.

Meskipun reda berpoligami namun Aisyah memilih untuk berdiam diri walaupun muncul beberapa dakwaan yang mengatakan suaminya pernah memukulnya.

BACA JUGA: Ini Satu Lagi Kenderaan Paling ‘Berkuasa’ Di Sabah, Trak Pikap Pun Kalah

Sumber: Aisyahhijanah/Instagram