Cipta Sejarah, Justin Hubner Pemain Indonesia Pertama Beraksi Di Liga Perdana
Pertahanan naturalisasi Indonesia, Justin Hubner mencipta sejarah baharu selepas menjadi pemain pertama Sang Garuda yang beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), lapor CNN Indonesia.
Difahamkan, Hubner secara rasminya adalah pemain untuk pasukan kebangsaan Indonesia dan berstatus naturalisasi selepas kewarganegaraan Belanda ditukar kepada Indonesia pada 6 Disember lalu.
Menerusi laman web rasmi EPL, Hubner juga telah didaftarkan sebagai pemain Indonesia bersama Kelab Wolverhampton Wanderer bermula musim 2023/24.
Pemain berusia 20 tahun itu menyertai The Wolves buat kali pertama ketika menentang Arsenal pada awal Disember sebelum ‘mengangkat sumpah’ bertukar kerakyatan.
BACA: Pemain Bola Sepak Wanita Iras Ronaldinho, Peminat Gesa Lakukan Ujian DNA
Kemunculan Hubner dalam EPL menjadikan ia sebagai sejarah baharu buat Indonesia susulan pemain kelahiran Belanda itu mewakili negara tersebut bersama kerakyatan baharunya.
Sebelum ini selain dari Hubner, Elkan Baggott yang merupakan pertahanan skuad Garuda pernah beraksi bersama kelab divisyen dua, Ipswich Town pada 2021/2022.

Pun begitu, pada musim ini Baggott dilaporkan tidak bermain untuk Ipswich di Liga Championship.
Pada masa ini kedua-dua pemain tersebut tersenarai bersama pemain yang menjalani latihan untuk Piala Asia 2023 di Qatar pada Januari depan.
BACA: Pemain Bola Sepak Profesional Indonesia Patah Kaki, Kena “Tackle” Ketika Main Liga Kampung
Latar belakang Justin Hubner
Sedikit tentang Hubner, meskipun dia lahir di Belanda namun pemain pertahanan skuad Garuda itu mempunyai darah Indonesia susulan datuknya berasal dari Makassar.
Hubner atau nama panjangnya, Justin Quincy Hubner dilahirkan pada 14 September 2003 dan bapanya, Ferdinand Patrick Rudolf Hubner berketurunan Indonesia.
Pada tahun 2020, Hubner menyertai Wolves dan merupakan salah satu dari sembilan pemain yang diberikan biasiswa oleh kelab ekoran menunjukkan prestasi yang cemerlang bersama skuad B-18 tahun.
Kemudiannya, pemain kacukan itu dipanggil untuk menyertai skuad B-20 tetapi apabila hak tuan rumah Indonesia ditarik balik dia gagal membuat kemunculan di Piala Dunia B-20.
✅ SEJARAH : Justin Hubner kini menjadi orang Indonesia PERTAMA yang terdaftar sebagai pemain di website Premier League. 🇮🇩
Ditunggu jadi pemain PERTAMA yang debut.. 😁 pic.twitter.com/x0YGJIBBos
— Extra Time Indonesia (@idextratime) December 26, 2023
Sumber: CNN Indonesia