Siakap Keli
Tawaran istimewa ptptn
Gambar: Bernama

Ini Empat Tawaran Istimewa PTPTN Sebelum Tahun 2024

Sebelum Disember Berlalu, Ini Empat Tawaran Istimewa Oleh PTPTN

Menjelang akhir tahun ini, tentunya banyak promosi yang ditawarkan oleh syarikat dan kedai-kedai. Antara yang tidak terlepas adalah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Bermula 12 Disember hingga 31 Disember 2023 ini, PTPTN menawarkan pelbagai tawaran istimewa kepada peminjamnya bersempena Hari Mesra Pelanggan.

Program ini dinamakan Kempen Jom Bayar PTPTN. Ia telah dilaksanakan secara serentak di semua Pejabat PTPTN Negeri dan Cawangan seluruh negara.

Antara tawaran yang diberikan daripada PTPTN termasuklah Isentif Diskaun PTPTN, Penstrukturan Semula Pinjaman, Cabutan Jom Bayar PTPTN dan Cenderamata Ekslusif PTPTN.

Tawaran istimewa ptptn
Gambar: PTPTN

Isentif Diskaun PTPTN

Tawaran ini membolehkan peminjam menikmati isentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 15 peratus. Isentif ini merangkumi tiga kategori;

Pertama diskaun 10 peratus  atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.

Kedua, diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran. 

Ketiga, diskaun 15% untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual. 

Penstrukturan Semula Pinjaman 

Selain itu, PPTPN juga menawarkan tawaran penstrukturan semula pinjaman kepada peminjamnya yang mempunyai tunggakan.

Caranya adalah peminjam hanya perlu membuat bayaran pendahuluan tunggakan sekurang-kurangnya RM300. Selepas itu, pengguna dapat membuat permohonan penstrukturan semula pinjaman tertakluk kepada syarat-syarat lain yang ditetapkan.

BACA: 26 Disember, Mengenang Kembali Tragedi Tsunami Aceh 2004

Cabutan Jom Bayar PTPTN

PTPTN menawarkan juga Cabutan Jom Bayar PTPTN dengan tawaran hadiah keseluruhan bernilai RM70,000. Bagaimanapun, cabutan ini hanya untuk 140 orang peminjam yang membuat bayaran balik sepanjang tempoh kempen itu berlangsung.

Hadiah akan diberikan dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime. Tempoh promosi cabutan ini telahpun bermula pada 1 Disember dan berakhir pada 31 Disember 2023.

Setiap negeri menawarkan sepuluh hadiah menarik kepada 140 pemenang (peminjam PTPTN) dalam kempen berkenaan.

Tawaran istimewa ptptn
Gambar: PTPTN

Walau bagaimanapun, cabutan adalah berdasarkan kepada amaun bayaran balik pinjaman PTPTN.

Gambar: PTPTN

Peminjam sangat digalakkan untuk membuat bayaran balik melalui myPTPTN bagi kelayakan dua cabutan. Hal ini kerana, sekiranya peminjam melakukan pembayaran selain daripada myPTPTN hanya memperolehi satu cabutan sahaja. 

Cenderamata Eksklusif PTPTN 

Tawaran keempat yang diberikan oleh PTPTN adalah Cenderamata Eksklusif PTPTN.  Bagi penggemar cenderamata, PTPTN bermurah hati memberikan cenderamata eksklusif  kepada peminjam yang melakukan transaksi bayaran balik pinjaman dalam satu resit. 

Penebusan cenderamata ini boleh dibuat di kaunter cawangan PTPTN di seluruh Malaysia. Setiap cenderamata daripada PTPTN adalah berbeza mengikut kadar bayaran. 

Berikut adalah cenderamata yang bakal diperolehi oleh peminjam mengikut kadar bayaran;

Tawaran istimewa ptptn
Gambar: PTPTN

Walau bagaimanapun, cenderamata eksklusif ini adalah terhad dan bergantung pada stok. Menarik bukan? pelbagai tawaran istimewa yang boleh dinikmati oleh peminjam PTPTN sempena Hari Mesra Pelanggan.

Bagi memudahkan urusan pengguna, berikut adalah waktu operasi Pejabat PTPTN Negeri dan Cawangan seluruh negara.

Gambar: PTPTN

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini dan PTPTN boleh layari laman web rasmi PTPTN. Semoga bermanfaat!

Sumber: PTPTN

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.