Siakap Keli

Tablet Huawei Terbaru Ancaman iPad Paling Ringan Dan Inovatif (Review Jujur)

Aku ada love-hate relationship dengan iPad. Walaupun kadang-kadang stres, tapi aku tetap yakin yang tablet daripada Apple ini adalah yang terpaling baik dalam pasaran.

Sebab apa? Because, it’s Apple bro.

Namun, keyakinanku kini goyah.

Dunia semakin canggih dengan pelbagai inovasi dan kami diberi peluang untuk mencuba tablet baharu jenama Huawei iaitu MatePad Pro 13.2″.

MatePad Pro 13.2″: Spek dan harga

Pertama sekali, ketebalannya hanya 5.5mm dan beratnya pula 580g, jauh lebih nipis dan ringan dibandingkan dengan Apple iPad Pro 12.9 atau MacBook Air.  Bahkan lebih nipis daripada sebahagian besar tablet didalam pasaran.

Fokus kedua kami pastinya tertumpu kepada skrinnya yang besar:

  • Berukuran 13.2 inci
  • Paparan FLEXIBLE OLED beresolusi tinggi 2.8K (2880×1920)
  • Kadar penyegaran 144Hz dan kecerahan setinggi 1,000 nits

Kita biasanya akan memegang tablet menghadap ke diri sendiri untuk melihat gambar atau menonton video kan? Tetapi, sebaik sahaja kami meletakkannya di atas meja untuk menulis, perbezaannya begitu jelas, sehingga membuatkan hati kami terdetik, “Mantap betul viewing angle dia.”

MatePad Pro ini memiliki 262 PPI dan menyokong P3 wide color gamut, jadi sekali lagi, tablet ini mengalahkan kualiti skrin iPad.  Panel skrin juga hadir dengan bezel senipis 3.4mm.

Daripada aspek produktiviti, Huawei MatePad Pro 13.2″ menyokong pen stailus terbaru; Huawei M-Pencil gen-3.

  • Pen in adalah pen stailus tablet pertama dengan 10,000 tahap tekanan – lebih baik daripada edisi pen sebelumnya
  • Menggunakan teknologi NearLink – sambungan tanpa wayar, signal lebih kuat dan menapis gangguan
  • Tip pen lebih halus dengan fungsi auto-adjusting untuk menulis dan melukis
  • Pengalaman menulis dan melukis persis seperti diatas sekeping kertas

Fitur lain yang layak dibahas bagi Huawei MatePad Pro 13.2″ adalah touchpad. Rata-rata pengguna memberi respon yang memuaskan kerana saiznya yang besar, seakan-akan menggunakan laptop.  Touchpad ini menyokong pelbagai gerakan shortcut untuk navigasi yang lebih efisien.  Selain itu, tidak lagi menggunakan deretan numerik dan QWERTY, Huawei Smart Magnetic Keyboard melengkapi dengan sentuhan berbeza.

Tidak ketinggalan, tablet ini memuatkan kamera hadapan 16MP dan kamera pengesan kedalaman.  Dibahagian belakang menempatkan dua lagi kamera; kamera utama 13MP F1.8 dengan autofocus serta kamera ultralebar 8MP F2.2 dan LED Flash.

Untuk korang yang tak suka menunggu lama, HUAWEI MatePad Pro 13.2″ is the perfect choice, sempurna dengan fitur pengecasan pantas (20V/4.4A) bateri 88 watt.  Pengecasan 85% boleh dilakukan dalam masa 40 minit dan hanya 65 minit diperlukan untuk pengecasan penuh 100%.

Terakhir, tablet ini hadir dengan audio berteknologi Huawei SOUND™ dijamin memberikan pengalaman audio imersif dan berkualiti tinggi dalam mode speaker – enam pembesar suara bersama 4 mikrofon.

Dikuasakan dengan Kirin 9000S RAM 12GB dan storan dalaman 256GB @ 512GB, korang boleh mula menempahnya DISINI HARI INI dengan deposit hanya RM50 dan terus melayakkan korang mendapatkan pelbagai hadiah menarik sehingga RM3,000!

  • Huawei Smart Magnetic Keyboard
  • Huawei M-Pencil Gen-3
  • Huawei FreeBuds Pro2
  • Huawei Wireless Mouse
  • Huawei Sound Joy

Nur Farra