Siakap Keli
#GengSubuhMacamJumaat alif satar
Kredit: Telegram

Alif Satar Ajak Ramai-ramai Solat Subuh Berjemaah & “Join” Fun Run 5km

Alif Satar Ajak Ramai-ramai Solat Subuh Berjemaah & “Join” Fun Run 5km

Pengacara prolifik, Alif Satar sekali lagi mengajak orang ramai untuk menyertai acara #GengSubuhMacamJumaat pada 1 Januari ini.

Menurut Alif Satar, kali ini Masjid Saidina Umar Al-Khattab di Bukit Damansara, Kuala Lumpur dipilih untuk diimarahkan.

Alif turut berkongsi tentatif program yang bermula seawal 5.45 pagi melibatkan pendaftaran terlebih dahulu.

Seterusnya, jemaah yang hadir akan menunaikan solat subuh secara berjemaah di masjid tersebut apabila masuknya waktu solat berkenaan.

Sebaik sahaja selesai solat Subuh berjemaah, majlis diteruskan dengan program kuliah secara santai.

Selain ‘Alif Satar and The Geng’, edisi ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ kali ini turut membawa kelainan dengan menampilkan penceramah terkemuka.

Ustaz Yaakub Yusra, seorang penceramah dan pengasas Madad Centre akan membuat penampilan istimewa dalam majlis kali ini.

Menariknya, majlis tersebut turut diisi dengan aktiviti bersenam di mana larian Fun Run sejaauh 5 kilometer akan diadakan bermula pada jam 7.00 pagi.

Sungguhpun begitu, pihak penganjur memaklumkan mungkin akan berlaku perubahan waktu yang bergantung kepada keadaan semasa pada hari tersebut.

Menurut Alif, program ini terbuka kepada semua lapisan umur dan orang ramai digalakkan untuk hadir memenuhi masjid.

Para peserta juga berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah-hadiah yang menarik daripada pihak penganjur.

“Jom pakat ajak keluarga dan sahabat untuk kita meriahkan aktiviti ini,” katanya.

Maklumat lanjut berkenaan majlis tersebut boleh didapati melalui pautan dibawah:

1. Sahkan kehadiran kalian menerusi pautan ini: https://ezy.la/gsmj-funrun

2. Sertai kumpulan di Telegram #GengSubuhMacamJumaat menerusi pautan ini: https://t.me/+BLOysgQECTg1Mjg1

Inisatif #GengSubuhMacamJumaat ‘laku keras’ di masjid-masjid sekitar Malaysia

Sebelum ini, Alif Satar teruja apabila inisiatif #GengSubuhMacamJumaat mendapat sambutan positif daripada ramai pihak.

Menurut Sinar Harian, pelakon berusia 33 tahun itu terkejut apabila mendapati semakin ramai jemaah yang menunaikan solat Subuh di Masjid Kariah masing-masing.

Dalam masa yang sama, beliau menyatakan usahanya itu turut mendapat sokongan daripada kariah masjid di lokasi rumahnya.

“Ramai tag saya, daripada budak universiti sehinggalah ke Turki. Kami guna tanda pagar #GengSubuhMacamJumaat.

“Malah di masjid berhampiran rumah saya pun, kalau sebelum ini hanya satu saf setengah yang penuh, kini sudah lebih dua saf jemaah yang hadir untuk solat Subuh.

“Saya harap perkara ini berterusan kerana dalam kita bersolidariti untuk Palestin, kita kena juga betulkan diri sendiri,” katanya lagi.

BACA: Hilang Kerja? Anda Mungkin Layak Mohon SIP, Ada Enam Elaun

Sumber: Telegram #GengSubuhMacamJumaat

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.