Siakap Keli
hat yai tahun baru
Kredit: Bangkok Post

Cuti Tahun Baharu: Industri Pelancongan Hatyai Dijangka Jana RM100 Juta 

Cuti Tahun Baharu: Industri Pelancongan Hatyai Dijangka Jana RM100 Juta 

Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) meramalkan industri pelancongan di Hatyai akan menjana pendapatan kira-kira RM100 juta semasa tempoh cuti Tahun Baharu ini, lapor Bangkok Post.

Pengarah Pejabat Hatyai TAT, Nongyao Jirundon berkata pihaknya meramalkan akan berlaku lonjakan pelancong asing dan domestik yang lebih meriah berbanding tahun lepas antara 30 Disember hingga 1 Januari depan.

Nongyao berkata sejak awal minggu ini bandar tersebut telah dipenuhi pelancong dan rancak menerima pengunjung terutamanya dari Malaysia yang tiba sejak Krismas.

Beliau mengaitkan peningkatan itu dengan langkah promosi pelancongan yang dilakukan negara tersebut seperti penggantungan keperluan mengisi borang RM 6 di Pusat Pemeriksaan Imigresen Sadao di Songkhla.

Mengulas lanjut, beliau berkata aktiviti kempen pelancongan yang diadakan sepanjang Disember juga membantu lonjakan pengunjung.

Antara aktiviti yang diadakan ialah Pesta Songkhla Amazing Countdown 2024 dari 27 hingga 31 Disember dan Countdown Hat Yai hingga 2024 pada 31 Disember.

BACA: Kerajaan Indonesia Pertimbang Aspek Kemanusiaan Kendali Pelarian Rohingya

Dalam pada itu, pemandu pelancong di Songkhla, Sae Lim berkata pengusaha hotel telah memaklumkan kepada syarikat pelancongan dan pemandu tempatan bahawa prospek perniagaan mereka positif dengan tempahan hotel yang tinggi semasa tempoh cuti Tahun Baru.

Ramalannya ketibaan pelancong akan menjadi semakin rancak susulan mereka akan terus menuju ke Songkhla untuk sambutan Tahun Baharu Cina pada 10 Februari dan cuti sekolah.

Witthaya berkata tempahan hotel juga melambung tinggi ekoran perayaan Songkran yang akan menjelang pada bulan April ini. 

Jelasnya, Hat Yai sering menjadi tempat pelancongan yang mampu menarik penduduk tempatan serta pelancong asing, terutamanya dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Sementara itu, di Malaysia Kerajaan Persekutuan tidak membuat sebarang perancangan untuk mengadakan sambutan Ambang Tahun Baharu 2024.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ia sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin berhubung krisis kemanusiaan kini, selain menghormati mangsa banjir di beberapa negeri.

“Di peringkat kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan mungkin diadakan program sambutan yang bersesuaian dengan keadaan setempat,” katanya.

Sumber: Bangkok Post

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana