Siakap Keli
meerqeen anna cantik
Kredit: meerqeen, anna jobling/Instagram

Merqeen, Anna Jobling Sekali Lagi Tersenarai 100 Wajah Terkacak, Cantik Dunia

Merqeen, Anna Jobling Sekali Lagi Tersenarai 100 Wajah Terkacak, Cantik Dunia

Pelakon Meerqeen dan Anna Jobling sekali lagi berada dalam senarai 100 Wajah Paling Kacak dan Cantik 2023 pilihan TC Candler selama dua tahun berturut-turut.

Menerusi perkongsian yang dibuat, TC Candler memaparkan 100 nama individu terlibat dalam dunia seni di serata negara yang mempunyai kecantikan dan kekacakan luar biasa.

Dalam video tersebut, ia mula menunjukkan individu yang berada di tempat ke-100 sehingga yang pertama disenaraikan sebagai wajah paling kacak dan cantik.

Meerqeen yang berusia 21 tahun itu dilihat berada di posisi ke-62, manakala Anna berada di tempat ke-66 bagi kategori wanita jelita.

Bagi kategori lelaki, Meerqeen mendahului beberapa nama popular seperti penyanyi kumpulan popular, BTS Jin yang berada di tempat ke-67.

Sementara itu, Anna Jobling yang berusia 23 tahun itu juga menempatkan kedudukan tertinggi berbanding akres Hollywood, Margot Robbie yang berada di kedudukan ke-90.

Dalam pada itu, menjulang nama sebagai lelaki paling kacak tahun ini, tempat pertama dalam senarai tersebut adalah pelakon berdarah Amerika-Perancis, Timothee Chalamet dan bagi wanita pula disandang oleh penyanyi dan pelakon Korea-Amerika, Nancy Jewel Mcdonie.

BACA: Tersenarai Top 100 Wajah Paling Kacak Di Dunia, Artis Lelaki Ini ‘Diganggu’ Kelibat Nenek Tua?

Mengimbas kembali, Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam menduduki tangga ke-55 dalam senarai tersebut apabila dicalonkan pada buat kali pertama pada tahun lepas.

Manakala, Anna Jobling pula berada di tangga teratas pada tahun ini menunjukkan peningkatan selepas berada pada tempat ke-84 pada tahun 2022.

Untuk yang tidak mengetahui, pada setiap tahun TC Candler akan mempersembahkan The Annual Independent Critics List of the 100 Most Beautiful Faces, yang telah diterbitkan sejak 1990-an lagi.

Sebelum ini, gandingan Meerqeen dan Anna dalam drama bersiri popular, Melur Untuk Firdaus telah mendapat perhatian ramai.

Nama mereka juga telah menjadi sebutan di beberapa negara seperti Indonesia, Brunei dan Singapura.

Sumber: TC Candler

BACA: Polis Terima Laporan Dakwaan Salah Guna Dana RM700 Juta Dua Kerajaan Terdahulu

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.