Tersenarai Top 100 Lelaki Paling Kacak Di Dunia, Artis Lelaki Ini ‘Diganggu’ Kelibat Nenek Tua
Memiliki wajah kacak serta imej lagi bergaya memang sudah jadi ‘ciri-ciri wajib’ bagi mana-mana artis lelaki. Tambahan pula kalau dia seorang pelakon popular yang selalu bawa watak utama dalam drama bersiri mahupun filem. Barulah ‘laku keras’ kan?
Biasanya artis kacak dan popular akan diikuti oleh ribuan peminat kat media sosial. Maklumlah muka handsome, berlakon pun ‘power’ mestilah orang suka. Tapi jangan terkejut, ada satu kes menyeramkan terjadi di mana seorang artis terkenal diganggu kelibat misteri nenek tua!
Itulah detik seram yang dialami pelakon terkenal, Meerqeen.

Macam yang korang tahu, nama Meerqeen akhir-akhir ini makin meningkat naik dalam dunia industri hiburan tanah air. Terbaharu, Meerqeen tersenarai dalam Top 100 carta lelaki paling kacak di dunia dengan menyandang tempat ke-55! Tak kurang juga, dia sendiri ada peminat yang cukup ramai sama ada dari dalam dan luar negara termasuk Indonesia.
Walaupun dah masuk Top 100, tapi macam mana tiba-tiba boleh kena kacau dengan nenek tua?
Sebenarnya kisah seram Meerqeen dikacau nenek misteri memang betul-betul ‘real’ berlaku. Namun ianya hanya berlaku menerusi watak yang dimainkan olehnya saja. Kalau korang nak tahu, dalam perkembangan terkini, Meerqeen kini sedang membintangi siri Viu Original, Nenek Bongkok Tiga bersama beberapa rakan artis lain seperti Hun Haqeem, Syafie Naswip dan ramai lagi.
Dalam siri itu, mereka yang tidak mengenali antara satu sama lain tiba-tiba terbangun di dalam sebuah rumah agam dan mendapati diri mereka menjadi tahanan.
Debaran mula terasa apabila Meerqeen yang menjayakan watak sebagai Adi dan tahanan lain mula diganggu oleh penjaga rumah agam berkenaan iaitu seorang nenek misteri yang mengatakan bahawa mereka telah menceroboh kawasan ‘tuan tanah’.
Temui barisan pelakon Nenek Bongkok Tiga dalam road tour di tiga negeri ini
Nak tonton satu-satu filem atau drama, biasanya kita akan jadi bertambah ‘feeling’ kalau dapat bersemuka dengan barisan pelakonnya di depan mata sendiri, betul tak? Kalau selama ini asyik tengok di skrin tv saja, kan lagi baik kalau boleh jumpa terus.
Jadi untuk capai hasrat korang tu, kali ini semua barisan pelakon Nenek Bongkok Tiga akan mengadakan road tour di tiga lokasi iaitu bermula di Pavilion Kuala Lumpur (8 Feb); Kuantan City Mall (10 Feb) dan Paradigm Johor Bahru (17 Feb).
Kali ini korang akan berpeluang untuk bersemuka dan beramah mesra dengan barisan pelakon Nenek Bongkok Tiga iaitu Meerqeen, Hun Haqeem, Sherie Merlis, Sara Ali, Syafie Naswip, Sara Mack Lubis, Fimie Don, Syazwan Zulkifly, Ashraf Muslim, Sofia Jane dan Rykarl Iskandar!
Bukan sekadar jumpa artis saja. Ada banyak lagi aktiviti menarik korang boleh join dalam road tour ni. Dan yang lagi best, korang juga boleh berpeluang untuk memenangi tiket premiere, barangan eksklusif dan giveaway baucer PRISM+ TV bernilai RM3,299 dan premium akses 1 bulan Viu!
Bagi Premiere & Roadshow di KL nanti, terdapat juga persembahan secara live daripada ChronicalZ, Nakalness, Kidd Santhe & KungfuHeidi bermula pukul 6 petang, seterusnya korang akan bertemu dengan barisan pelakon Nenek Bongkok Tiga di sesi Karpet Merah pada pukul 7.30 malam berikutnya.
Jadi jangan lepaskan peluang untuk hadir ke road tour dan bertemu dengan Meerqeen serta barisan pelakon yang lain. Jangan lupa juga untuk menonton Nenek Bongkok Tiga di Viu SEKARANG!
.