Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dua Beranak OKU Rentung Dalam Kebakaran

Sofea
dua oku rentung
Gambar: Bernama

IPOH, 1 Jan (Bernama) — Seorang warga emas dan anaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU), rentung dalam kejadian kebakaran pondok yang berlaku di sebuah dusun di Kampung Air Tarung, Jalan Air Ganda, Gerik, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon berkata laporan kejadian itu, diterima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik daripada pihak polis jam 7.38 pagi.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian mendapati, kebakaran tersebut melibatkan sebuah pondok yang telah musnah terbakar 95 peratus. Api telah padam sebelum pihak bomba sampai di lokasi.

“Terdapat dua mangsa perempuan, masing-masing berusia 76 tahun dan anaknya berusia 43 tahun yang merupakan OKU penglihatan, didapati rentung,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sayani berkata mayat kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada polis jam 9.00 pagi untuk tindakan lanjut.

Sumber: BERNAMA