Siakap Keli
Gambar via Times Now

Bekas Profesor Jual Sayur Nak Sara Hidup

Bekas Profesor Jual Sayur Nak Sara Hidup

Siapa sangka, seorang bekas profesor yang berkelulusan doktor falsafah (PhD) dalam bidang undang-undang di sebuah universiti di India kini hanya mampu meneruskan hidup dengan menjual sayur?

Dr Sandeep Singh pernah berpelajaran tinggi ketika berumur 39 tahun. Mempunyai PhD dalam undang-undang serta empat ijazah sarjana muda termasuklah subjek Punjabi, kewartawanan dan sains politik.

Difahamkan walaupun sudah memiliki pendidikan tinggi, namun beliau tetap masih meneruskan pengajiannya.

Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai seorang profesor berkontrak di Universiti Punjabi, Patiala. Namun setelah 11 tahun mengajar, dia kemudiannya berhenti.

Tetapi, Dr Sandeep Singh tidak berhenti kerja tanpa sebarang sebab. Terdapat beberapa faktor yang membawa dirinya untuk membuat keputusan untuk berhenti kerja.

Gaji Tidak Mencukupi

Faktor yang menyebabkan dirinya itu untuk berhenti kerja adalah kerana berlakunya pemotongan gaji dan bayaran gaji yang tidak tetap walaupun dia bekerja sebagai seorang profesor di Universiti Punjabi.

Setelah berhenti kerja, dia terpaksa menjual sayur-sayuran untuk menyara kehidupannya sekeluarga di Punjab, India.

“Saya terpaksa berhenti kerja kerana saya sering menerima gaji tidak tepat pada waktunya dan gaji saya sering dipotong.

“Ia menjadi sukar untuk saya memenuhi keperluan hidup dengan pekerjaan itu. Sebab itulah saya bertukar pekerjaan untuk menjual sayur-sayuran untuk kelangsungan hidup saya sekeluarga,” kata Dr Sandeep Singh.

Untuk menjual sayur-sayurannya, Dr Sandeep Singh akan pergi dari rumah ke rumah. Dia menggunakan sebuah basikal dan meletakkan sayur-sayurannya di belakang basikal tersebut.

Kedai sayur bergerak miliknya itu juga mempunyai papan tanda yang tertulis “Ph.D Sabzi Wala” yang bermaksud profil dirinya sendiri – seorang bekas profesor si penjual sayur.

Menurutnya, hasil pendapatan jualan sayur-sayurannya itu lebih banyak berbanding pekerjaannya sebagai seorang profesor sebelum ini.

Setelah seharian bekerja, Dr Sandeep Singh akan pulang ke rumah dan mengulangkaji pelajarannya untuk peperiksaan yang akan diambil olehnya.

Walaupun beliau sudah berhenti mengajar kerana telah meletakkan jawatan sebagai seorang profesor, beliau masih mempunyai minat yang tinggi untuk mengajar.

Oleh sebab minatnya untuk mengajar, Dr Sandeep Singh mempunyai sebuah cita-cita untuk membuka pusat tuisyen miliknya sendiri. Jadi, dia mahu mengumpul duitnya dan kemudian menggunakan duit itu untuk membuka pusat tuisyen tersebut.

Sumber: Times Now

BACA JUGA: Cara Buat Perangkap Cicak, Guna Dua Benda Ni Je

Nurul Alya