Siakap Keli
Doktor muda di England
Kredit AFP

Doktor Muda Di England Lancar Mogok Paling Lama Dalam Sejarah NHS

Doktor Muda Di England Lancar Mogok Paling Lama Dalam Sejarah NHS

LONDON, 4 Jan (Bernama-Xinhua) — Puluhan ribu doktor muda di England memulakan mogok enam hari berhubung pertikaian gaji pada Rabu, tindakan perindustrian paling lama dalam sejarah 75 tahun Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS).

Dalam satu kenyataan, pengerusi bersama jawatankuasa doktor muda Persatuan Perubatan British (BMA) Robert Laurenson dan Vivek Trivedi berkata mereka memerlukan tawaran yang boleh dipercayai untuk dikemukakan kepada ahli bagi menghentikan mogok itu.

“Moral perkhidmatan kesihatan berada pada tahap rendah,” kata mereka.

Menurut pengerusi bersama itu pengurangan gaji selama 15 tahun menyebabkan pemotongan gaji sebanyak 26 peratus dalam nilai sebenar untuk golongan pekerja yang semakin diabaikan dan terlebih beban.

Mogok dibuat selepas perbincangan antara kerajaan dan anggota BMA yang menggesa kenaikan gaji sebanyak 35 peratus menemui kegagalan.

Pada Sept 2023, doktor NHS di England mula menerima kenaikan gaji dengan doktor pelatih tahun pertama diberi kenaikan 10.3 peratus manakala purata doktor muda mendapat kenaikan 8.8 peratus.

Tetapi kerajaan menolak idea kenaikan yang lebih tinggi kerana bimbang terhadap peningkatan inflasi yang semakin teruk.

“Kami telah berusaha untuk mencapai penyelesaian yang adil — adil untuk pembayar cukai, adil untuk doktor dan pekerja kesihatan yang bekerja keras,” kata jurucakap Perdana Menteri Rishi Sunak pada Selasa.

Menurut NHS England mogok memberi tekanan tambahan kepada sistem perubatan yang sudah sedia terbeban.

Semasa mogok terakhir doktor muda pada akhir Dis 2023, lebih 86,000 janji temu pesakit terpaksa dijadualkan semula.

BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

Kredit: BERNAMA- XINHUA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: