Siakap Keli
polis siasat pecah amanah
Gambar: Bernama

Polis Siasat Empat Kes Pecah Amanah Kutipan Zakat RM9.7 Juta

Polis Siasat Empat Kes Pecah Amanah Kutipan Zakat RM9.7 Juta

KUALA LUMPUR —  Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat empat kes pecah amanah membabitkan kutipan zakat bernilai RM9.7 juta sepanjang tahun 2023, lapor Bernama.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed berkata, dua daripada kes berkenaan adalah di Selangor dan dua lagi masing-masing di Terengganu dan Perak.

“Kes di Perak mencatatkan nilai kerugian tertinggi iaitu RM9.6 juta dan dalam kes ini, syarikat yang dilantik sebagai ejen kutipan zakat oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak disyaki telah gagal mendepositkan wang kutipan zakat bermula Mac 2023 hingga September 2023.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan, ia amat mendukacitakan apabila wang zakat turut diseleweng oleh individu-individu yang diamanahkan untuk mengutip wang itu,” katanya.

BACA: Sambut “Birthday” Ke-191 Tahun, Kenali Jonathan, Kura-Kura Paling Tua Di Dunia

Tambahnya, wang kutipan zakat sepatutnya diuruskan dengan baik agar ia dapat dimanfaatkan sesuai dengan kehendak agama.

“JSJK memberikan amaran keras kepada pelaku-pelaku jenayah ini bahawa tindakan tegas selaras dengan peruntukan undang-undang akan diambil bagi memastikan jenayah sebegini tidak berulang,” maklumnya lagi.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Suhaily Mohd Zain dalam sidang media hari ini memaklumkan, pihaknya telah membuka dua kertas siasatan terhadap dua individu berhubung kenyataan mereka berkaitan Majlis Kebangsaan  Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.

Jelas Suhaily, beliau menasihati orang awam untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu kes itu memandangkan ia masih dalam siasatan pihak polis.

“Polis mengingatkan kepada orang ramai agar cakna dan prihatin terhadap isu-isu sensitif terutamanya melibatkan kegentaran awam serta keselamatan negara,” katanya.

Kes itu disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5) JSJ di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 4 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?