Keluarkan Lagu Baharu, Putri Ariani “Collab” Dengan Alan Walker
Penyanyi meningkat naik Indonesia, Putri Ariani semalam telah berkongsikan khabar gembira berkenaan kolaborasi pertamanya bersama pemuzik antarabangsa, Alan Walker.
Perkongsian mengenai lagu yang bertajuk “Who I Am” itu telah dibuat oleh Putri menerusi laman Instagram rasmi miliknya.
“Saat pertama kali saya mendengar lagu ini, saya merasa ia benar-benar mewakili saya. Saya sangat bersyukur kerana Alan Walker memilih saya untuk menyanyikan lagu ini bersama Peder Elias,” tulis Putri di laman Instagram miliknya semalam.
Putri yang mengalami masalah penglihatan itu berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada lagu yang mewakili diri dan perasaannya.
BACA: Peserta AGT Indonesia, Putri Ariani Dapat Tempat Ke-4, Juri Bagi “Standing Ovation” & Pujian
Malah menerusi perkongsian itu lagi, Putri sempat berkongsi dua baris lirik lagu terbarunya itu.
“I don’t wanna be like this or like that, cause this is just the way that I am,” tulis Putri menerusi perkongsian itu.
https://www.instagram.com/p/C1r1uFuyecV/?hl=en
Sehingga kini, video lagu yang dimuat naik di saluran YouTube Alan Walker pada 18 jam lalu itu telah mendapat 120,000 tontonan.
Perkongsian Putri di laman Instagram telah mendapat pelbagai maklum balas daripada kalangan peminat dan rakan selebriti di Indonesia. Antara nama rakan selebriti yang dilihat meninggalkan komen adalah seperti Rossa, Cakra Khan dan rakan duetnya sendiri Peder Elias.
“Teruskan bersinar Putri,” tulis Cakra Khan.
“Tahniah Putri Sayang, berbangga dengan awak,” tulis Rossa pula.
“Putri, suara awak begitu indah,” tulis Peder Elias.
Golden buzzer di America’s Got Talent
Terdahulu, Putri Ariani pernah mencetuskan fenomena selepas mendapat “golden buzzer” di rancangan America’s Got Talent.
Dalam pertandingan itu juga, Putri berjaya mendapat ‘standing ovation‘ daripada juri pertandingan tersebut.
Gadis berusia 17 tahun itu akur dengan kedudukan keempat dalam pertandingan yang berprestij tersebut. Namun persembahannya masih dapat memukau juri dan penonton.
BACA JUGA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu
Sumber: Instagram/ Putri Ariani