Siakap Keli
angkasa pertama india matahari
Kredit: Agensi Anadolu

Misi Angkasa Pertama India Bagi Kaji Matahari Sampai Ke Destinasi

Misi Angkasa Pertama India Bagi Kaji Matahari Sampai Ke Destinasi

NEW DELHI, 7 Jan (Bernama-Anadolu) — Misi angkasa lepas pertama India untuk mengkaji matahari telah sampai ke destinasinya, lapor Agensi Anadolu.

Perdana Menteri Narendra Modi berkata negara itu mencipta “satu lagi kejayaan,” ketika balai cerap solar pertama India Aditya-L1 sampai ke destinasinya.

“Ia adalah bukti dedikasi tanpa henti para saintis kami dalam merealisasikan misi angkasa yang paling kompleks dan rumit.

“Saya dan seluruh negara memuji pencapaian luar biasa ini.

“Kami akan terus mengejar sempadan baharu sains untuk manfaat manusia,” menurut Modi menerusi hantaran di platform X.

BACA: Myvi Hilang Ketika Beli Nasi Lemak

Misi itu ialah balai cerap angkasa India pertama yang mengkaji matahari dari orbit halo mengelilingi titik Lagrangian (L1) yang terletak kira-kira 1.5 juta kilometer ((930,000 batu) dari Bumi, menurut Organisasi Penyelidikan Angkasa India.

Kapal angkasa Aditya-L1 dilancarkan dari Pusat Angkasa Satish Dhawan di Sriharikota selatan India pada 2 Sept dan menjalani fasa pelayaran selama kira-kira 110 hari sebelum  mencapai kedudukan yang disasarkan pada 6 Jan.

Pada Ogos tahun lalu, India mencipta sejarah selepas menjadi negara pertama yang dilaporkan mendarat di kutub selatan permukaan bulan.

Sebuah robot pendaratan tanpa anak kapal yang dikendalikan oleh agensi angkasa India dan dikenali sebagai Chandrayaan-3 berjaya mendarat di kutub selatan bulan pada pukul 8:30 pagi ET.

Sumber: BERNAMA

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana