Siakap Keli
myvi hilang beli nasi lemak
Kredit: Sinar Harian

Myvi Hilang Ketika Beli Nasi Lemak

Myvi Hilang Ketika Beli Nasi Lemak

Seorang petani berdepan detik cemas apabila kereta Perodua Myvi yang dinaiki ketika membeli nasi lemak hilang dilarikan oleh individu tidak dikenali dalam kejadian di Pekan Ijok pada Jumaat lalu, lapor Sinar Harian.

Difahamkan, kira-kira 8.15 pagi waktu kejadian mangsa berusia 41 tahun itu keluar untuk membeli nasi lemak dan meninggalkan kereta dalam keadaan enjin hidup.

Perkara itu dimaklumkan olehnya di laman Facebook dan tular selepas mangsa meminta pertolongan orang ramai untuk menjejaki kereta berkenaan yang didakwa dibawa lari ke Kuala Lumpur atau kota Puteri.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintenden Mohd Ambia Nordin mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan mangsa telah membuat laporan.

Ujarnya, siasatan terhadap perkara tersebut masih diteruskan.

Jelas Mohd Ambia, berdasarkan maklumat awal yang diberi kereta tersebut telah didaftar ke atas nama isteri mangsa dan telah digunakan sejak 2007.

BACA: Pemandu Halang Ambulans Kecemasan Bawa Pesakit ‘Dihukum’

Katanya, ketika kejadian mangsa tidak mematikan enjin dan meninggalkan kereta kira-kira lima meter dari warung nasi lemak.

“Tiba-tiba kereta pengadu berwarna hijau turquoise telah dicuri individu tidak dikenal pasti.

“Pengadu sedar kejadian selepas melihat kereta tersebut berundur dengan pantas dan dibawa lari menggunakan jalan besar ke arah Ijok,” katanya.

Dalam pada itu, mangsa juga meninggalkan telefon bimbit dan kunci rumah di dalam kenderaannya.

“Usaha mengesan suspek masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Sumber: Sinar Harian

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana