AFC Jangka Arif Aiman Antara 5 Pemain Muda Menyinar Di Piala Asia
Kurang beberapa hari lagi, kehangatan bahang Piala Asia AFC Qatar 2023 kini kian terasa oleh peminat sukan bola sepak di seluruh Asia.
Perlawanan pembukaan pada 12 Januari ini bakal menyaksikan juara bertahan, Qatar akan turun menentang Lubnan.
Pertandingan berprestij dan terulung benua ini sudah pasti menjadi medan terbaik untuk bakat-bakat muda Asia mempamerkan kualiti masing-masing.
Selain nama-nama besar seperti Son Heung-min dan Wataru Endo, pemain-pemain muda berpotensi juga dijangka akan menjadi tumpuan lensa kamera.
Penganjur Piala Asia, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) turut berkongsi senarai lima pemain muda yang dijangka bersinar untuk saingan edisi kali ini.
Ali Jasim
Memulai senarai itu adalah pemain muda yang mewakili Iraq, Ali Jasim.
Kelibat Ali Jasim mula mencuri perhatian semasa saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia 2023/2024 bersama Air Force Club.
Pemain remaja berkenaan berjaya menyumbat empat gol dengan dua gol menerusi debut menentang Sepahan.
𝐍𝐄𝐎𝐌 𝐅𝐮𝐭𝐮𝐫𝐞 𝐒𝐭𝐚𝐫 Ali Jasim's #ACL Group Stage journey:
5️⃣ Matches
4️⃣ Goals
9️⃣ Shots on targetDescribe his performance in the comments 🦅✨#NEOMFutureStars | @NEOM pic.twitter.com/wS6jTbq126
— #ACL (@TheAFCCL) December 26, 2023
Sebelum ini, Ali Jasim juga menjadi salah seorang bintang yang mendapat tumpuan besar sepanjang saingan Piala Asia B20 2023 di Uzbekistan.
Takefusa Kubo
Pemain seterusnya ialah Takefusa Kubo, 22, antara deretan bakas besar yang bermain untuk kuasa bola sepak Asia, Jepun.
Beliau membuat penampilan sulung untuk pasukan kebangsaan pada usia 18 tahun dan seterusnya menjadi pemain tetap untuk skuad Blue Samurai itu.
✨ Can Take Kubo replicate his @RealSociedad form at #AsianCup2023? pic.twitter.com/sJZPXuBBE3
— #AsianCup2023 (@afcasiancup) December 15, 2023
Selepas menjaringkan gol pertamanya pada 2022, Kubo menjadi sebahagian daripada pasukan Jepun yang memenangi sembilan perlawanan berturut-turut sejak Jun 2023.
Pemain sayap itu juga bersinar di Sepanyol bersama Real Sociedad musim lepas dalam saingan La Liga dengan sembilan gol.
Musim ini, Kubo sudah pun menjaringkan enam gol setakat ini.
Abbosbek Fayzullaev
Namanya mula meniti di bibir-bibir pemerhati bola sepak Asia selepas persembahan menakjubkan yang ditampilkan di Piala Asia B23 2020.
✨𝐌𝐎𝐒𝐓 𝐕𝐀𝐋𝐔𝐀𝐁𝐋𝐄 𝐏𝐋𝐀𝐘𝐄𝐑✨
The next big thing. A promising young star, 🇺🇿 Abbosbek Fayzullaev wins the #AFCU20 MVP Award for his outstanding performance throughout the tournament 🙌🏼 pic.twitter.com/EfAdBvktmz
— #AsianCup2023 (@afcasiancup) March 18, 2023
Uzbekistan muncul sebagai Naib Juara saingan tersebut. Fayzullaev kemudian turut beraksi dalam Piala Asia B20 2023 dan membantu Uzbekistan muncul sebagai Juara.
Beliau juga muncul sebagai MVP kejohanan tersebut.
Membuat penampilan sulung bersama skuad senior pada usia 19 tahun, Fayzullaev menjaringkan gol sulungnya dalam kemenangan 5-1 ketika menentang Tajikistan.
Lee Kang-in
Pemain Korea Selatan ini menjadi bualan ramai selepas berjaya membuktikan dirinya sebagai pemain penting dalam kelab gergasi Eropah, Paris Saint-Germain.
Beraksi disamping Kylian Mbappe dan Ousmane Dembele, pemain berusia 22 tahun itu nampaknya turut menjadi tulang belakang kepada kelab yang beraksi di Ligue 1 itu.
Can Lee Kang-in be Park Ji-sung's successor and propel 🇰🇷 to a long-awaited title ❓#AsianCup2023 pic.twitter.com/gb9FcRbWMV
— #AsianCup2023 (@afcasiancup) December 26, 2023
Beliau membuka buku jaringan bersama PSG ketika menentang Toulouse dan menjulang Trofi Juara Perancis.
Lee juga mempamerkan aksi memberangsangkan bersama pasukan kebangsaan dan mencatatkan empat gol serta tiga bantuan gol dalam empat penampilan.
Arif Aiman
Beraksi bersama JDT, Arif Aiman yang berusia 21 tahun adalah antara bakat besar yang paling mencuri tumpuan, khususnya di Asia Tenggara.
Pemain sayap itu menjaringkan 12 gol liga musim ini dan persembahannya banyak membantu JDT menjulang trofi Liga Super Malaysia buat kali ke-10.
Dalam saingan Liga Juara-juara Asia, Arif Aiman menjaringkan tiga gol untuk kelab itu.
Di pentas antarabangsa pula, Arif Aiman juga adalah pemain penting Harimau Malaya termasuk ketika menyumbang 4 gol dalam kemenengan 10-0 ke atas Papua New Guinea.
𝐍𝐄𝐎𝐌 𝐅𝐮𝐭𝐮𝐫𝐞 𝐒𝐭𝐚𝐫 Arif Aiman's #ACL Group Stage:
6 Matches
3 Goals
2 Assists
Which moment of him impressed you most? 🔥#NEOMFutureStars | @NEOM pic.twitter.com/JsIbvqCQET— #ACL (@TheAFCCL) December 29, 2023
Memiliki pergerakan yang pantas, Arif Aiman mungkin akan menjadi senjata utama buat Pan Gon untuk memberi cabaran bermakna di Piala Asia kali ini.
Sumber: AFC