Siakap Keli
kumpulan bersenjata studio televisyen
Kredit: @spectatorindex/X

Kumpulan Bersenjata Pecah Masuk Studio Televisyen Ketika “Live”

Kumpulan Bersenjata Pecah Masuk Studio Televisyen Ketika “Live”

Sekumpulan lelaki bertopeng dan bersenjata dilapor telah memecah masuk sebuah studio televisyen ketika sedang melakukan siaran langsung (live) dalam kejadian di Ecuador pada Selasa, lapor BBC.

Difahamkan, ketika kejadian pecah masuk kumpulan itu bertindak untuk mengancam kakitangan dengan memaksa mereka duduk di lantai semasa live yang disiarkan melalui saluran televisyen awam TC.

Presiden Ecuador, Noboa berkata pada Selasa bahawa konflik bersenjata dalaman kini wujud di negara itu dan akan menggerakkan angkatan tentera menjalankan operasi ketenteraan.

Beliau mengarahkan perkara itu sebagai tindak balas terhadap gelombang rusuhan penjara yang berlaku baru-baru ini.

Dalam video tular itu, seorang lelaki bersenjata dilihat mengacukan senapang ke arah kepala salah seorang tawanan yang turut diugut dengan pistol.

Lelaki bersenjata itu kemudiannya memaksa tiga daripada pegawai yang diculik itu duduk di atas lantai dengan pistol diacukan ke arah mereka ketika seorang diarahkan membaca kenyataan yang ditujukan kepada Presiden Noboa.

BACA: Rumah Ngeh Dilontar “Molotov Cocktail”, DAP Minta KDN, PDRM Ambil Perhatian Serius

Serangan tersebut mengakibatkan tujuh pegawai polis diculik dan penyerang sempat melarikan larikan daripada studio itu.

Amerika Syarikat berkata ia telah mengutuk sekeras-kerasnya serangan tersebut dan sedang bekerjasama secara rapat dengan Presiden Daniel Noboa untuk memberikan bantuan.

Sebelum ini, Ecuador telah mengisytiharkan darurat selama 60 hari bermula Isnin lalu selepas seorang samseng terkenal melarikan diri daripada sel penjaranya.

Pada ketika ini masih tidak jelas bagaimana kejadian di studio itu berkait rapat dengan  kehilangan ketua kumpulan Choneros, Adolfo Macías Villamar atau lebih dikenali sebagai Fito.

Fito dikatakan telah melarikan diri beberapa jam sebelum perpindahan yang dirancangnya dan difahamkan dua pengawal penjara telah ditahan kerana disyaki membantunya melarikan diri.

Perintah tersebut menetapkan supaya penduduk berkurung setiap malam dalam usaha untuk membendung keganasan selepas Fito melarikan diri.

Sementara itu, di Peru kerajaan telah mengarahkan penempatan segera pasukan polis ke sempadan untuk mengelakkan sebarang ketidakstabilan juga berlaku di negara itu.

Sumber: BBC 

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.