Dibuka Sejak 3 Nov, PDN Seru Orang Ramai Derma Darah Di IOI City Mall
Pusat Darah Negara (PDN) menyeru orang ramai untuk menghadirkan diri mendermakan darah di ruang Derma Darah Negara IOI City Mall Putrajaya.
Perkara itu diberitahu PDN dalam satu hantaran di akaun Instagram hari ini.
Difahamkan, ruang Derma Darah Negara IOI City Mall Putrajaya telah mula beroperasi pada 3 November 2023 lalu dan ia menyasarkan kutipan sebanyak 20 beg darah sehari.
Walau bagaimanapun, PDN memaklumkan hanya satu beg darah yang berjaya dikutip di ruang Derma Darah IOI City Mall Putrajaya hari ini.
“11 Januari 2024. Sehingga jam 3.30 petang tadi, hanya satu beg darah berjaya dikutip di Suite Derma Darah IOI City Mall Putrajaya.
“Untuk makluman, Suite Derma Darah IOI City Mall Putrajaya telah mula beroperasi pada 3 November 2023 yang lalu dan menyasarkan kutipan sebanyak 20 beg darah sehari,” katanya.
BACA: Menyamar Sebagai Musafir, Lelaki Curi Duit Tabung Masjid Ditahan
Bagi sesiapa yang berhasrat untuk menderma darah, anda boleh ke bilik derma darah ini yang terletak di West Wing (Old Wing) di Level P3 (berhampiran myNEWS berhadapan perhentian bas dan parkir motosikal).
Ia dibuka setiap hari dari jam 11 pagi sehingga 4 petang (waktu bekerja) dan 11 pagi sehingga 6 petang ( hari minggu atau cuti umum).
Bagaimanapun, PDN menasihatkan orang ramai yang ingin menderma darah untuk hadir ke lokasi 30 minit sebelum waktu tamat.
“Ayuh warga sekitar, hadirlah menderma darah. Jangan tinggalkan tong darah ini kosong tidak berisi,” maklum PDN.
https://www.instagram.com/p/C19HsL6o728/?fbclid=IwAR1v8UKWe3AEApSmyc9PTrD5TsWEWCwpxXwPtk–GRuzeHOsVb9JsKEbLPk
Sumber: Pusat Darah Negara