Siakap Keli
Adik Innara
Kredit Facebook/Fizah Fie

Hidap Diabetis Jenis 1, Adik Innara Terpaksa Ambil Insulin 4 Kali Sehari

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Hidap Diabetis Jenis 1, Adik Innara Terpaksa Ambil Insulin 4 Kali Sehari

Setiap ibu bapa pasti ingin melihat anak kesayangan mereka membesar dengan sihat dan cergas seperti kanak-kanak yang lain.

Melihat si anak membesar dengan sihat, aktif dan ceria pasti memberi kelegaan kepada setiap ibu bapa.

Namun begitu, berbeza dengan nasib seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ini yang didiagnosis dengan penyakit diabetis jenis satu.

Keadaan kesihatan yang ditanggung oleh adik Innara Raissa Hennefar itu dikongsikan oleh ibunya yang bernama Norafizah Jamil, berasal dari Perlis.

Perkongsian itu dibuat kepada SK menerusi temu bual ringkas bersama Norafizah yang kini menetap di Pekan Kuah, Langkawi.

Menurut Norafizah atau lebih mesra disapa sebagai Fizah, Innara dikesan menghidap penyakit itu seawal usia dua tahun lagi.

“Innara disahkan diabetes tahun lepas pada bulan puasa, time tu dia dua tahun lebih,” kata Fizah bercerita soal anaknya itu. 

Bercerita berkenaan permulaan bagaimana Innara boleh didiagnosis dengan penyakit itu, Fizah berkata bahawa segalanya diketahui selepas Innara dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Kata Fizah, Innara dimasukkan ke ICU kerana kritikal dan asid sudah penuh di dalamnya.

“Saya pun tak sangka Innara ada diabetes type 1. Waktu doktor beritahu masa dia di ICU haritu pun memang susah nak terima.

“Sebab dia tak penah sakit, jarang deman. Tapi tiba-tiba satu hari Innara tak sihat, muntah-muntah.

“Dia minum air dengan terlalu banyak, kemudian dia kencing dengan banyak.

“Saya ingatkan dia keracunan makanan. Saya hanya bawa dia ke klinik dan doktor bagi ubat tahan muntah dan bila makan dia masih muntah-muntah.

“Kami terus bawa dia ke hospital bila nampk muka dia dah lain. Mata dah nampk ke dalam. Sampai hospital terus ke zon merah.

“Doktor ambil darah, x-ray dan terus bagi tahu yang dia ada diabetes type 1. Bacaan paras gula Innara memang tinggi sehingga lebih 20. Malah pernah satu hari mencecah 30.

“Doktor beritahu penyakit anak berpunca kerana pankreasnya sudah tak menghasilkan insulin menyebabkan paras gulanya tinggi,” kongsi Fizah lagi.

Selepas disahkan penyakit itu, Innara kini perlu mendapat suntikan insulin sebanyak empat kali pada setiap hari.

Pada awalnya, Fizah berkata bahawa dia berdepan dengan kesukaran memujuk Innara untuk menerima suntikan insulin tersebut.

“Agak susah juga la. Sebab dia masih kecil, nak cucuk pun kena pujuk. Kadang kena ikut dia tempat mana yang dia bagi cucuk.

“Cuma sekarang dia macam lebih faham. Macam mana pun kalau sebelum makan kena cucuk. Jadi nak tak nak dia terpaksa rela, muka dia pun mcm pasrah saja,” cerita Fizah lagi.

Walaupun begitu, Fiza juga berharap dan berdoa agar anaknya itu akan kembali pulih seperti sedia kala dan membesar dengan sihat.

Kami dari SK mendoakan agar adik Innara kuat dan tabah menghadapi dugaan ini. Semoga adik Innara kembali sihat dan membesar dengan jayanya.

https://www.facebook.com/fizah.fie.5/videos/400029362477833/

Sumber: Facebook/Fizah Fie

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.