Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Penuh Warna-Warni, Piala Asia 2023 Buka Tirai Secara Rasmi
DOHA — Piala Asia AFC Qatar 2023 secara rasminya dimulakan dengan acara pembukaan yang penuh warna-warni dan mempesonakan serta sambutan bunga api di Stadium Lusail pada malam ini.
Difahamkan, Amir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani turut hadir dalam majlis berkenaan bagi merasmikan kejohanan berprestij di Asia itu.

Antara persembahan yang mencuri tumpuan adalah persembahan kisah dongeng purba Timur Tengah, kehilangan Kelilah dan Demnah yang memaparkan banyak haiwan termasuk maskot dua musang.
Persembahan diserikan lagi dengan nyanyian lagu rasmi kejohanan, ‘Hadaf’ yang dibawakan oleh artis Qatar Fahad Al-Hajjaji dan Humood AlKhudher dari Kuwait.

Sementara itu, Kapten pasukan tuan rumah Qatar, Hassan Al Haydos turut mengangkat sumpah kejohanan. Dalam angkat sumpah tersebut, dia mengumumkan bahawa akan memberikan penghormatan kepada kapten pasukan Palestin Musab Al-Battat.
Majlis perasmian itu diakhiri dengan sebahagian lagu termasuk lagu kebangsaan Palestin.

Sementara itu, dalam beberapa klip di TikTok turut memaparkan kemeriahan majlis perasmian kejohanan itu.
Dalam rakaman itu mendedahkan keseluruhan stadium dipenuhi lampu pelbagai warna dari setiap sudut stadium. Manakala pada bahagian tengah padang pula menjadi pentas persembahan majlis tersebut.
Piala Asia AFC Qatar 2023

Pada jam 12 tengah malam ini, tuan rumah, Qatar akan memulakan perlawanan pembukaan menentang Lubnan di Stadium Lusail bagi Kumpulan A.
Piala Asia AFC Qatar 2023 menampilkan 24 negara bertarung dalam 51 perlawanan bagi merebut piala berprestij ini.
Sumber: The Peninsula