Subuh Macam Jumaah, Masjid Di Lembah Klang Penuh Jemaah
Kempen Subuh Macam Jumaat menyaksikan beberapa buah masjid di sekitar Lembah Klang penuh dengan umat Islam yang mahu menunaikan solat subuh secara berjemaah, pagi tadi.
Difahamkan, kempen berkenaan telah dimulakan sejak tahun lepas bagi menyeru orang ramai untuk mengimarahkan masjid khususnya pada waktu Subuh.
Susulan itu, beberapa masjid di sekitar Lembah Klang dilaporkan telah menerima impak positif daripada kempen berkenaan pada hari ini.
Menurut tinjauan Bernama, lebih 3000 jemaah dilaporkan hadir untuk menunaikan solat Subuh di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada hari yang sama.
Salah seorang imam di masjid berkenaan, Abdulkarim Fatani Al-Makki dilaporkan telah menjadi imam untuk solat Subuh itu.
Dalam salah satu foto yang dimuat naik, kelihatan Alif Satar sedangan mengambil gambar swafoto bersama para jemaah di sana.
#ShahAlam: lebih 3000 jemaah hadir menunaikan solat subuh pada kempen 'Geng Subuh Macam Jumaat' ketika tinjauan Foto Bernama di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.
Imam Masjid berkenaan, Abdulkarim Fatani Al-Makki mengimamkan solat Subuh itu.
📸 Mohd Asri… pic.twitter.com/YCJAHidMr6
— BERNAMA (@bernamadotcom) January 13, 2024
Sambutan meriah menyambut kehadiran bulan Rejab adalah satu petanda yang positif
Selain itu, ramai jemaah turut dilaporkan menunaikan solat Subuh secara berjemaah di Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan pada hari ini.
Perkara ini telah dimaklumkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam hantaran Facebook rasminya pada jam 7.45 pagi.
“Alhamdulillah. Suasana solat Subuh berjemaah pagi ini di Masjid Al-Muqarrabin Bandar Tasik Selatan.”
JAWI menganggap sambutan luar biasa ini adalah satu petanda yang positif untuk menyambut kehadiran bulan Rejab.
“Semoga menjadi permulaan yang baik di awal kedatangan bulan Rejab, berterusan istiqamah menuju Ramadan.”
Dalam hantaran yang sama, JAWI turut memuat naik beberapa foto menunjukkan kemeriahan Masjid Al-Muqarrabin pada pagi tadi.
Foto-foto tersebut menunjukkan ruangan jemaah lelaki di dalam masjid tersebut penuh, sehingga beberapa saf makmum melimpah ke luar ruangan tersebut.
Bukan itu sahaja, sambutan dia ruangan solat jemaah wanita juga tidak kurangnya apabila ruangan tersebut kelihatan hampir penuh.
https://www.facebook.com/100058015513362/posts/771479604795883/
Kempen ini pada asalnya telah dibawa oleh seorang pengacara dan pempengaruh, Alif Satar bersama rakan-rakannya.
Mereka turut memperkenalkan tanda pagar #GengSubuhMacamJumaat.
Kini, kebanyakan masjid dan surau di seluruh negara telah menyertai inisiatif ini serta menampilkan tarikan tersendiri bagi mengajak masyarakat setempat untuk mendekati masjid.
BACA: ‘Made in Malaysia’ Pada Pintu Pesawat Alaska Airlines Timbul Tanda Tanya
Sumber: Bernama via X, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) via Facebook