Siakap Keli
made in malaysia pintu alaska airlines
Kredit: Reddit & NTSB

‘Made in Malaysia’ Pada Pintu Pesawat Alaska Airlines Timbul Tanda Tanya

‘Made in Malaysia’ Pada Pintu Pesawat Alaska Airlines Timbul Tanda Tanya

Tulisan tangan ‘Made in Malaysia’ pada pintu pesawat milik Alaska Airlines yang dilaporkan tercabut dalam penerbangan baru-baru ini telah menimbulkan tanda tanya.

Menurut laporan OPB, pintu pesawat berkenaan ditemui seorang guru, Bob Sauer di Portland pada 7 Januari lepas.

Dalam laporan OPB itu, pintu berkenaan dikatakan ditemui di halaman rumah guru tersebut.

Sehubungan itu, Sauer telah menghubungi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) untuk memaklumkan penemuan berkenaan.

NTSB pada Isnin kemudian menghantar wakil ke rumah Sauer bagi memeriksa dan mengambil pintu pesawat itu.

Menurut Sauer lagi, wakil NTSB merasa terkejut apabila melihat keadaan pintu tersebut yang masih berada dalam keadaan baik.

Mereka turut memeriksa beberapa keterangan yang terdapat pada bahagian pintu berkenaan termasuk nombor siri yang ditulis menggunakan pen marker dakwat kekal.

Salah satu maklumat tersebut menyatakan bahagian berkenaan dihasilkan di Malaysia.

Teradapat tulisan tangan ‘Made in Malaysia’ ditulis pintu pesawat Alaska Airlines

Berkenaan tulisan tangan tersebut, Boeing berkata bahawa pihaknya tidak dapat menjelaskan perkara tersebut kerana kes itu masih berada di dalam siasatan NTSB.

Sebelum ini, media turut melaporkan telefon pintar, iPhone milik penumpang pesawat berkenaan ditemui dalam keadaan selamat selepas terjatuh dari ketinggian 16,000 kaki.

Ketika ditemui, peranti berkenaan dikatakan masih berfungsi dengan baik seperti biasa.

Sementara itu, Seanathan Bates yang menjumpai telefon bimbit berkenaan telah berkongsi kejadian itu di platform X.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik oleh Sean, iPhone yang ditemui dipercayai model iPhone 14 Pro dan ke atas.

Menurut Channel News Asia, Pengerusi NTSB, Jennifer Homendy turut meninggalkan komen pada hantaran tersebut.

Jennifer dikatakan akan menguruskan satu pertemuan dengan Bates berhubung penemuan berkenaan.

Sebelum ini, Jennifer berkata pihaknya akan memulangkan semula semua barang penumpang yang ditemui selepas siasatan selesai.

Beliau juga meluahkan rasa syukur kerana tiada kemalangan jiwa yang berlaku akibat kejadian itu.

BACA: Jangan Terkeliru, Rupanya Ini Beza Kedua-dua Logo UiTM Ini

Sumber: OPB

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma