Siakap Keli

The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia Lancar Menu Baru Sempena Tahun Baharu Cina

Mulai pengembaraan pertama tahun 2024 dengan meraikan Tahun Baharu Lunar di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, disemarakkan dengan citarasa pembuka tahun baru yang menarik! Sempena Tahun Naga yang bertuah ini, kami bakal membawakan menu bermusim yang terdiri daripada pelbagai minuman inovatif dan hidangan lazat, dengan suntikan nafas segar!

“Penerokaan, sifat ingin tahu, semangat pengembaraan – atas sebab inilah kami menamakannya ‘Our Dragon’s Quest’, atau ‘misi pencarian naga’! Semua ini adalah intipati semangat yang ingin kami bangkitkan dalam setiap orang, tatkala kita melangkah ke tahun baharu dengan kemungkinan yang tidak terbatas serta pengalaman mengujakan! Selaras dengan komitmen kami terhadap inovasi, anda akan menemui ‘khazanah perisa baru’ dengan setiap destinasi perisa kami sepanjang tahun ini. Tahukah anda di mana titik pertama persinggahan kami? Sunshine Valencia!” kata Ketua Pemasaran & Inovasi, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, Fiona Rodrigues.

Jom raikan permulaan lembaran baharu anda dengan minuman terbaru kami yang menyegarkan – Valencia Orange Sparkling Cold Brew Tea (kecil RM 16.90, biasa RM 18.50), Valencia Orange Cold Brew Sweet Tea (kecil RM 13.90, biasa RM 14.90) dan Valencia Orange Ice Blended® (kecil RM 16.70, biasa RM 17.70).

Bagi para penggemar kopi, nikmatilah perisa baru kami yang menampilkan sentuhan sitrus yang segar dan bertenaga – Valencia Orange Sparkling Cold Brew Coffee (RM 16.90 kecil, RM 18.50 biasa).

Bagi melonjakkan lagi pengalaman anda, gandingkan minuman yang menyegarkan dengan kek Golden Prosperity dan Red Fortune yang dapat menjiwai ‘kemakmuran’ dan ‘tuah’. Carrot Cake merupakan kegemaran sepanjang masa juga dibawa kembali untuk menambat selera anda, dengan satu simfoni perisa yang menonjolkan kemeriahan musim sambutan ini. Sementara itu, Lychee Grey Cake menyatukan kemanisan buah laici dan intipati Earl Grey dengan sempurna.

Malah, kami juga membawa kembali Peaches & Cream Tart yang sering dirindui ramai untuk mencipta detik-detik kegembiraan serta ditambahkan lagi dengan Chocolate Macadamia Cookie dan Dragon Swirl yang enak, sesuai untuk anda yang mencari keseimbangan antara rasa enak dan mengenyangkan Jika anda mengidamkan hidangan yang panas serta pedas, nikmatilah Fire Quacker Pizza dan Spicy Tuna Sandwich kami!

Sempurnakan pengalaman anda dengan barangan eksklusif Tahun Baharu Lunar yang bertemakan naga, iaitu koleksi cawan dan gelas yang menarik untuk mengisi ‘tuah’ dan ‘kekayaaan’ di samping menikmati minuman kesukaan anda! Barisan produk ini menampilkan reka bentuk bergaya seperti Casablanca Bean Dragon, Roros Bean Dragon, dan Chill Bean Dragon. Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkannya di kafe The Coffee Bean & Tea Leaf® berhampiran anda!

Berita baik buat para pelajar! Anda boleh menikmati promosi Student Exclusive kami yang berlangsung dari sekarang hingga 31 Disember 2024! Anda cuma perlu memakai pakaian seragam atau menunjukkan ID pelajar anda untuk mendapatkan The Original Mocha/Vanilla Ice Blended®  (12oz) pada hanya RM10! Sudah tentu kami juga  tidak melupakan ahli Kad TCB kami – kunjungilah pandu lalu kami untuk mendapatkan set bagel dan kopi hitam dengan hanya RM18!

Meet & Greet | The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia x tokidoki

The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia mengumumkan kolaborasi istimewa dengan tokidoki, sebuah jenama gaya hidup ikonik yang diiktiraf di peringkat global, bagi memperhebatkan lagi pengalaman anda! The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia akan menjadi saluran untuk mendapatkan barangan eksklusif tokidoki, bermula daripada pin enamel yang comel sehinggalah tumbler yang wajib dijadikan sebagai koleksi. Barangan edisi terhad ini boleh didapati di seluruh Semenanjung Malaysia mulai 23 Januari 2024 sementara stok masih ada. Di samping itu, ahli kad TCB berpeluang untuk menikmati sesi pembelian pra-jualan eksklusif dari 20 hingga 22 Januari 2024. Oleh itu, jadilah antara yang pertama untuk memiliki barangan edisi terhad tokidoki ini sebelum pelancaran rasminya!

Untuk lebih keterujaan, tandakan kalendar anda untuk sesi meet & greet dengan Simone Legno, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Kreatif tokidoki. Alamilah dunia tokidoki yang penuh keajaiban, saksikan sesi melukis secara langsung oleh genius seni itu sendiri, dan rebut peluang untuk mendapatkan tandatangan beliau pada barangan anda semasa sesi istimewa ini. Ikuti laman Instagram The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia untuk butiran lanjut tentang sesi meet & greet yang akan bakal berlangsung pada 23 Januari di dua cawangan berikut: 

  • The Coffee Bean & Tea Leaf®, Sunway Pyramid 1:00PM – 2:00PM
  • The Coffee Bean & Tea Leaf®, Lot 10 5:00PM – 6:00PM

Untuk maklumat lebih lanjut tentang tawaran, berita dan promosi terkini daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, sila layari laman Facebook kami di www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage, akaun Instagram @coffeebeanMY, akaun TikTok @coffeebeanMY, atau laman web rasmi www.coffeebean.com.my.

Nur Farra