Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Pada zaman teknologi ini, segalanya boleh dijadikan sebagai kandungan di media sosial. Kandungan yang dimuat naik dalam media sosial mampu menarik perhatian warga maya sekaligus, menarik peluang untuk menambah pendapatan pasif menerusi platform tersebut.
Sungguhpun begitu, tidak semua orang mahu menjadi sebahagian daripada gaya hidup sebegini. Lebih-lebih lagi, individu yang tidak gemarkan perhatian daripada orang ramai terhadapnya.
Golongan kanak-kanak dan remaja yang dibesarkan dalam suasana celik IT pun, tidak semestinya suka didedahkan di media sosial tanpa kerelaannya.
Trend guru membuat membuat kandungan melibatkan anak murid di media sosial peribadi telah mencetuskan kegusaran dalam kalangan ibu bapa.
Rata-rata ibu bapa tidak bersetuju dengan tindakan guru memuat naik kandungan media berkaitan anak mereka ketika melaksanakan tugasan hakiki sebagai seorang pendidik di sekolah.
Berdasarkan tinjauan di media sosial, ramai ibu bapa kurang selesa apabila anak mereka didedahkan sesuka hati, tanpa kebenaran mereka. Malah, ada yang tidak senang apabila anak murid dijadikan ‘subjek’ atau ‘bahan marketing’ dalam kandungan di media sosial peribadi guru.
“Boleh buat content selepas waktu mengajar, bukan dalam waktu bersama murid-murid. Tolong jaga privasi mereka.”
“Bila bertugas, jadilah profesional. Guru-guru diamanahkan untuk mendidik & mengajar.”
“Anak kami bukan bahan marketing.”
Inilah antara luahan ibu bapa di media sosial.

Untuk makluman, tindakan menjadikan anak murid sebagai kandungan dalam media sosial telah mendedahkan mereka terhadap beberapa bahaya.
Pertama sekali, pendedahan identiti kanak-kanak di media sosial dapat memudahkan individu yang tidak bertanggungjawab untuk mengesannya dan menjadikannya sebagai sasaran.
Sebagai contoh, sindiket pemerdagangan manusia dapat mengenalpasti lokasi kanak-kanak tersebut pada waktu tertentu dan memudahkannya untuk menculik kanak-kanak terbabit.
Selain itu, media sosial juga menarik golongan ‘hidung belang’ yang gemarkan golongan anak muda.


Golongan ini akan membanjiri ruangan komen dengan ayat yang kurang enak dibaca. Ada juga yang tergamak memberikan komen berbaur lucah terhadap kanak-kanak yang masih di bawah umur.
Kita sebagai golongan ibu bapa sudah semestinya, tidak merasa begitu selesa jika mendengar seseorang memberikan komen sedemikian rupa kepada anak-anak kita.
Pendedahan anak murid di media sosial juga mendedahkan golongan ini kepada gejala buli siber. Perkara ini khusus bagi kandungan yang tular atas sebab negatif dan mengaibkan kanak-kanak.

Oleh sebab itu, wajarlah ibu bapa bersifat kurang selesa dan berang apabila anak mereka dijadikan sebagai kandungan di media sosial. Lag-lagi jika perbuatan ini dilakukan tanpa keizinan daripada pihak mereka.
Hal ini boleh membawa masalah yang lebih serius dan berlarutan, sehingga mampu menjejaskan pelajaran kanak-kanak.
Menerusi garis panduan, terdapat beberapa perkara yang perlu dipatuhi guru sewaktu menggunakan media sosial.
Tatacara dan kriteria penggunaan media sosial hendaklah dipatuhi dengan tidak melakukan perkara seperti yang berikut:
Sekiranya ada guru yang melakukan kesilapan di dalam garis panduan etika yang dinyatakan di atas, guru tersebut hendaklah mengakui pada umum, buat pembetulan dan memohon maaf kepada pihak berkaitan secara terbuka dalam laman sosial yang terlibat dengan kadar segera.
Sebarang salah laku kakitangan KPM seperti guru dan staf di sekolah kerajaan berhubung dengan nilai dan etika penggunaan media sosial boleh diajukan menerusi saluran rasmi KPM, iaitu Sistem Pengurusan Aduan Awam, KPM (SISPAA) melalui http://moe.spab.gov.my.
Manakala, bagi guru dan murid di institusi pendidikan swasta, sebarang salah laku penggunaan media sosial adalah tertakluk pada peraturan dan undang-undang berkaitan.
Sungguhpun begitu, institusi pendidikan swasta sangat digalakkan untuk merujuk garis panduan ini bagi memastikan kredibiliti dan profesionalime seorang guru dapat dijaga.