Siakap Keli
kecoh ayam masuk gelanggang

Kecoh Ayam Masuk Gelanggang “Ice Skating”, Pengunjung Terkejut Sampai Ada Yang Tergolek

Kecoh Ayam Masuk Gelanggang “Ice Skating”, Pengunjung Terkejut Sampai Ada Yang Tergolek

Hujung minggu atau hari cuti umum jadi hari yang paling penting untuk semua terutama bagi kita yang dah berpenat lelah kerja selama lima hari. Mesti banyak aktiviti yang akan dibuat untuk isi waktu terluang.

Selain keluar shopping, ada juga yang beriadah bersama keluarga dan kawan-kawan termasuk melakukan aktiviti ice skating. Mungkin ramai yang dah cuba dan mungkin juga ada yang belum lagi.

Maklumlah tak semua tempat atau pusat beli-belah yang sediakan aktiviti ni. Tambah pula, mesti ada yang takut-takut nak cuba kan?

Tapi min terpanggil untuk bercakap mengenai satu kejadian baru-baru ini di gelanggang ice skating di salah sebuah pasaraya terkemuka di negara kita. Dengar kata sampai ada pengunjung yang terkejut hingga tergolek jatuh.

Bukan itu je, sampai kecoh la katanya sebab ada sesuatu yang masuk dalam gelanggang tu.

Tapi apa yang buatkan mereka terkejut sangat?

Rupa-rupanya kecoh sebab ada ayam dalam gelanggang tu. Patutlah, mahunya tak terkejut semua orang.

Tapi kan betul ke ada ayam dalam tu? Macam mana pulak ayam boleh masuk? Takde orang jaga ke gelanggang tu?

Mesti banyak persoalan bermain kat benak fikiran korang kan. Sebenarnya takde apa yang pelik sangat pun sebab yang mendarat masuk dalam tu adalah sebekas ayam goreng dari Jollibee.

Tapi, kenapa pula boleh ada bucket gergasi dalam gelanggang luncur ais ni tiba-tiba? Sebenarnya kemunculannya adalah untuk mempromosikan produk mereka iaitu Spicy Chickenjoy.

Spicy Chickenjoy Rasa Pedas, Pasti Sedap

Namanya pun Spicy Chickenjoy, memang pedasnya akan buatkan korang terangkat tapi dalam masa sama rasanya juga sedap, rangup dan juicy. Memang best kalau dapat makan waktu lapar.

Tambah-tambah lagi kalau dapat cicah dengan kuah yang disediakan, orang kata balance lah rasa dia tu. Nak lagi syok belilah satu set, dapat kentang putar sekali.

Kalau tak percaya, tengok komen-komen orang dah cuba ni. Tak kurang juga ramai yang teruja nak rasa ayam ni.

Korang pun mesti terliur kan tengok kerangupan ayam tu? Jadi apa lagi, jom serbu Jollibee dan dapatkan Spicy Chickenjoy ni. Jangan pergi sorang-sorang, bawalah keluarga atau kawan-kawan juga, barulah semua dapat rasa kesedapan ayam tu.

Bagi yang belum tahu, Jollibee ada sembilan cawangan di Malaysia setakat ini termasuk di Kota Kinabalu, Sunway Pyramid, Pavillion Bukit Jalil dan IOI City Mall.

Dalam masa sama, Jollibee yang merupakan syarikat makanan segera dari Filipina ini mempunyai 1,500 cawangan di 17 negara.

Selain Chickenjoy, Jollibee juga cukup terkenal dengan keenakan Yumburger dan Jolly Spaghetti.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web Jollibee di SINI atau ikuti di TikTok, Instagram dan Facebook.

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.