Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
DIY Cendol
Kredit Siakap Keli

Kualiti Tahan 7 Hari, Keunikan “DIY Cendol” Untung Jual Sampai RM500 Sehari

Syed Faisal Sayed Muhammad

Boleh Tahan 7 Hari, Keunikan “DIY Cendol” Untung Jual Sampai RM500 Sehari

Perniagaan adalah salah satu bidang yang sangat mencabar, terutamanya berkaitan dengan penghasilan produk dan perkhidmatan.

Tidak semua mampu menjadi pengusaha perniagaan yang baik tanpa perlu melakukan inovasi atau mempamerkan keunikan tersendiri.

Inovasi dalam perniagaan sangat perlu dilakukan bagi menarik minat pelanggan dan pembeli dalam mendapatkan produk yang ditawarkan.

Keunikan yang dipamerkan oleh Rodk atau nama sebenarnya Mohd Salleh Ab Hamid dalam perniagaannya adalah antara salah satu contoh teknik pemasaran yang berjaya.

Perniagaan cendol yang dinamakan sebagai DIY Cendol ini berjaya menarik minat pelanggan kerana keunikan cara pembungkusan produk jualan tersebut.

Setiap campuran bahan diasingkan di dalam bungkusan kecil dan kemudiannya diletakkan di dalam cawan plastik lut sinar.

DIY Cendol

Boleh tentukan sukatan bahan mengikut selera masing-masing

Pembungkusan menarik yang mengasingkan campuran bahan cendol itu telah membuatkan DIY Cendol mampu bertahan sehingga tujuh hari di dalam peti sejuk.

Menurut Rodk, 44, yang bekerja sebagai Public Relation di sebuah syarikat di Bangsar, perniagaan DIY Cendol tersebut diusahakannya hanya secara sambilan.

Bercerita tentang perjalanan bermulanya perniagaan DIY Cendol, Rodk berkata bahawa dia tidak menyangka perniagaannya itu mampu menarik ramai pelanggan.

Bermula hanya di sekitar jalan-jalan di Cyberjaya dan akhirnya berpindah ke te TSI Sports Arena, ia telah menjadi satu titik permulaan yang sangat membantu bagi Rodk.

DIY Cendol

Perubahan lokasi perniagaan itu dibuat selepas beliau dikenakan saman atau denda oleh Majlis Perbandaran Sepang sebanyak RM300.

Beliau kemudiannya telah dijemput oleh pemilik tapak TSI Sports Arena untuk membuka perniagaannya di tapak parkir di kawasan tersebut.

Lalu kawasan itu seterusnya dibuka kepada peniaga-peniaga lain dan sehingga kini menjadi perniagaan setempat pada setiap hari Isnin hingga Sabtu.

Berkongsi tentang hasil pendapatan beliau dalam mengusahakan perniagaan tersebut, Rodk berkata bahawa hasil itu bergantung kepada hari dan cuaca.

“Kadang-kadang, satu hari boleh dapat bawah seratus. Kalau hujan cuaca tidak mengizinkan RM50 pun ada. Tapi kalau cuaca okay, orang ramai. InsyaAllah boleh dapat RM300 hingga RM500 sehari,” terang Rodk.

Tambah Rodk, cabaran utama beliau dalam perniagaan itu adalah berkaitan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu.

Perniagaan yang dijalankan secara gerai jualan menggunakan khemah kanopi itu sangat mencabar pada ketika cuaca hujan dan angin kencang.

DIY Cendol

“Cabaran paling hebat adalah pada waktu hujan lebat dan petir. Khemah pertama hancur dan perniagaan masih baharu. Jadi untuk membeli khemah yang baharu kena ada modal lagi,” cerita Rodk tentang cabaran perniagaannya itu.

Diharap dapat tembusi pasaran yang lebih besar

Manurut Rodk, perniagaan yang dimulakan pada Mac tahun lalu itu diharap dapat berkembang menjadi yang lebih hebat dan dikenali.

Malah beliau juga merancang untuk mendapatkan sijil halal, membawa DIY Cendol ke pasar-pasar raya dan masuk ke dalam syarikat penerbangan.

“Kita nak mulakan langkah dapat sijil halal. Kita juga rancang nak bawa DIY Cendol ke pentas yang lebih besar, mungkin dapat masuk ke dalam pasar-pasar raya besar. Mungkin juga dapat masuk ke dalam syarikat penerbangan,” kongsi Rodk tentang rancangannya.

Rodk juga sempat berpesan agar mereka yang diluar sana agar memilik sifat kecekalan dan serius dalam memulakan sesebuah perniagaan.

“Jangan pernah anggap gagal itu gagal selama-lamanya. Gagal satu hari mungkin kejayaan akan datang tiga, empat bulan akan datang. Pegang prinsip bumi itu bulat dan Allah maha adil. Percaya rezeki itu ada di mana-mana,” akhiri Rodk.