Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lelaki Buat Gangguan Seksual Dalam Video Tular Ditahan Polis
Seorang lelaki ditahan polis kerana didakwa melakukan gangguan seksual terhadap wanita di kawasan Kota Damansara pada Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid, siasatan dijalankan selepas pihaknya mengesan video tular kejadian berkenaan di media sosial.
Difahamkan, kejadian dalam dirakam dalam video tular itu berlaku pada kira-kira jam 4.37 petang, 15 Januari iaitu Isnin lepas.
“Siasatan mendapati kejadian terbabit tular menerusi klip video di aplikasi X memaparkan mangsa diganggu suspek yang menaiki sebuah motosikal sambil melakukan onani.
“Semakan kemudiannya mendapati tiada laporan dibuat mangsa sebelum mangsa kemudiannya tampil membuat laporan polis kira-kira jam 6.20 petang pada 16 Januari lalu,” katanya.
Berdasarkan kenyataan Fakhruddin, hasil semakan mendapati suspek tidak pernah memiliki sebarang rekod jenayah pada masa lampau.
Selain itu, hasil ujian air kencing juga menunjukkan bahawa suspek tidak mengambil sebarang dadah dan bebas daripada pengaruh bahan terbabit.
“Ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek bebas daripada pengaruh dadah.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan,” kata Fakhruddin lagi.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya memaklumkan pihaknya telah mengesan satu video berdurasi 46 saat yang dimuat naik seorang wanita di laman X.
Sungguhpun begitu, video tular itu dikesan pihak polis terlebih dahulu sebelum wanita berkenaan membuat laporan di balai polis.
Mohamad Fakhrudin berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung klip video tersebut daripada seorang pegawai polis pada jam 4.37 petang Selasa.
“Ketika dia (pegawai polis) berada di pejabat pegawai penyiasat jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, telah terkesan klip video tersebut.
“Klip video itu memaparkan seorang wanita diganggu secara seksual oleh seorang lelaki menunggang motosikal sambil melakukan perbuatan tidak senonoh.”
BACA: Gaji Lagi Lumayan, Pensyarah IPTS Berhenti Kerja & Jadi “Cleaner” Di Singapura
Sumber: Sinar Harian