Ini Cara Untuk Pergi Ke “Waiting Area” KLIA
Di Malaysia, terdapat pelbagai lapangan terbang di setiap negeri. Antara lapangan terbang yang terkenal di negara ini adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2).
Lapangan Terbang Antarabangsa merupakan pintu masuk utama sesebuah negara sama ada dari luar negara mahupun secara domestik menerusi jalan udara. Setiap hari lokasi itu menampung keluar masuk pengunjung dari seluruh dunia.
Bila pergi ke lapangan terbang untuk menjemput saudara atau kenalan pulang ke tanah air, pasti tempat letak kenderaan menjadi masalah kerana bukan senang nak dapatkan ruangan letak kereta.
Nak letak kenderaan depan pintu masuk tidak boleh terlalu lama kerana akan dihalau oleh pengawal keselamatan.
Sementara menunggu, anda mesti nak bersantai sambil minum kopi dan menjimatkan wang untuk tidak membayar tiket letak kenderaan kan?
Anda tidak perlu pening kepala lagi kerana anda boleh pergi ke Waiting Area, KLIA.
Bagi yang tidak pernah ke sana, ini panduan untuk anda agar tidak sesat.
BACA: Lapangan Terbang Changi, Singapura Dinobat Sebagai Lapangan Terbang Terbaik Dunia 2023
Menurut Malaysia Airports, sekiranya anda hendak ke sana, anda akan melalui Petronas KLIA dan perlu memandu terus sehingga nampak papan tanda Waiting Area berwarna biru di sebelah kiri.
Sebaik sahaja melepasi papan tanda tersebut, anda pandu terus di lorong kiri dan akan nampak papan tanda yang sama sekali lagi.
Sementara itu, teruskan memandu sehingga anda nampak papan tanda Free 30 Minute Parking dan dalam beberapa meter anda perlu masuk kiri. Selepas itu, anda akan nampak papan tanda Waiting Area dan belok kiri.
Akhirnya anda tiba di destinasi. Di sinilah tempat anda boleh meletakkan kereta secara percuma dan berehat sementara menunggu. Ia adalah kawasan menunggu yang luas dan selamat.
Tambahan pula, ia juga mempunyai tandas serta beberapa kedai makan untuk mengisi perut yang sedang lapar. Manakala untuk yang beragama Islam, tempat ini menyediakan kemudahan seperti surau.
Semoga bermanfaat.
If you’re picking up guests at KLIA and you arrive early, here’s where you can park your car for free and chill out while waiting. It’s a spacious and safe waiting area. Here’s how to get there. 😊
📍Waiting Area, KLIA#EZ2fing #waitingarea #klia pic.twitter.com/3l0xY7G7FU
— Malaysia Airports (@MY_Airports) January 21, 2024
Sumber: Malaysia Airports