Siakap Keli
megalodon langsing
Gambar: AFP

Ingatkan Besar Macam Raksasa, Rupanya Megalodon Lebih Langsing & Kurus – Penyelidik

Ingatkan Besar Macam Raksasa, Rupanya Megalodon Lebih Langsing & Kurus – Penyelidik

Setiap perkara yang digambarkan dalam filem sedikit sebanyak membantu manusia untuk memahami dan mengenali sesuatu yang jarang dilihat di atas muka bumi ini terutamanya binatang yang tinggal di lautan.

Sebagai contoh, dalam filem kita boleh tengok haiwan seperti jerung digambarkan saiznya sangat besar sehingga dikategorikan sebagai raksasa lautan kerana tubuhnya yang lebar dan panjang.

Misalnya seperti dalam filem bertajuk The Meg yang menggambarkan jerung megalodon sebagai bintang raksasa yang boleh berlumba melalui perairan ke arah mangsa.

Gambar: Warner Pictures

Pun begitu, di alam realiti adakah saiz dan tubuhnya sama seperti yang digambarkan dalam filem? 

Kalau nak tahu, dalam kajian yang dijalankan oleh penyelidik Phillip Sternes dari University of California, Riverside, dia menyatakan kajian terdahulu mempunyai tanggapan yang salah terhadap bentuk megalodon.

Megalodon, binatang langsing dan panjang

Kajian terkini dan baharu menunjukkan saiz jerung purba itu adalah kurus dan panjang tidak seperti yang digambarkan dalam filem tersebut.

“Meskipun tidak pasti berapa lama ia (dianggap) besar dan bentuk badan jadi O (bulat), megalodon lebih memanjang berbanding jerung putih.

“Penemuan baharu ini menandakan satu kejayaan besar,” katanya.

Gambar: Daily Mail

Sebelum ini, megalodon dianggarkan mempunyai panjang 50 hingga 65 kaki (15 hingga 20 meter) dan berat melebihi daripada 50 tan.

Bagaimanapun, nombor tersebut hanyalah anggaran kasar kerana penyelidik tidak menemukan begitu banyak maklumat tentang megalodon dalam rekod fosil pada zaman dahulu.

Perkara itu membuatkan ahli paleontologi menggunakan saiz jerung putih sebagai contoh dan anggaran untuk mengetahui panjang megalodon.

Tanggapan pakar tentang megalodon pada zaman dahulu adalah binatang purba itu berbentuk bulat dan gempal seperti ikan yu atau jerung putih.

Sternes menjelaskan kajian baru ini memaparkan bentuk badan O yang dikatakan bulat itu tidaklah menjadikan ia lebih besar dari jerung putih.

Kajian terbaharu menunjukkan megalodon sebenarnya lebih langsing dan lebih panjang daripada jerung putih.

Dalam kajian tersebut juga ia menyatakan semua vertebra atau tulang belakang megalodon adalah 37 kaki iaitu 11m panjang berbanding anggaran dahulu yang menyatakan ia mempunyai 9m panjang.

Gambar: Media Indonesia

Selepas melakukan perbandingan imbasan CT tulang belakang jerung putih hidup dengan pembinaan semula megalodon, para penyelidik mendapati bahawa tulang belakang jerung purba itu jauh lebih nipis.

Pun begitu, kajian yang dilakukan bukanlah sekadar untuk mengetahui saiz megalodon kerana ia dijalankan untuk mengubah cara manusia berfikir tentang bagaimana binatang itu hidup dan mati.

BACA: Jerung Cetus Panik, Cuba Dekati Dua Pengunjung Pantai

Megalodon juga didakwa merupakan binatang yang pandai berenang dalam kelajuan jarak jauh tetapi tubuh yang panjang dan nipis sebenarnya lebih sesuai untuk berenang secara perlahan dengan kelajuan yang pendek.

Badan yang lebih panjang juga bermakna saluran penghadaman yang lebih panjang membuktikan megalodon akan dapat mengekstrak lebih banyak nutrien daripada makanannya.

“Dengan peningkatan keupayaan untuk mencerna makanannya, ia boleh hidup lebih lama tanpa perlu memburu.

“Ini bermakna kurang tekanan pemangsaan ke atas makhluk laut lain,” ujar Sternes.

Dalam pada itu, terdapat juga teori yang memaparkan populasi mangsa yang semakin berkurangan membawa megalodon kepada kepupusan semula jadi.

Walau bagaimanapun, Strenes menyifatkan terdapat perkara lain yang menyumbang kepada kepupusan binatang itu.

“Saya percaya terdapat gabungan faktor yang membawa kepada kepupusan, tetapi salah satu daripadanya mungkin kemunculan jerung putih yang mungkin lebih tangkas, menjadikannya pemangsa yang lebih baik daripada Megalodon,” katanya.

Sumber: Daily Mail

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.