Siakap Keli
Gambar: Boboiboy via TikTok

Ini Reaksi Orang Jepun Tengok Mechamato Movie ‘Japanese Dub’

Ini Reaksi Orang Jepun Tengok Mechamato Movie ‘Japanese Dub’

Di Malaysia, siapa saja yang belum melihat filem animasi tempatan, Mechamato Movie? Rata-rata kebanyakan rakyat Malaysia tidak mengira usia pasti telah melihat filem itu.

Filem itu telah ditayangkan di negara ini pada 8 Disember 2022 dan kini, ia sekali lagi ditayangkan tapi dalam versi bahasa Jepun di Jepun!

Semua yang telah menonton trailer filem tersebut teruja dengan pelakon-pelakon suara yang hebat melakonkan watak-watak dalam animasi itu.

Filem ini bukan saja mengujakan rakyat di Malaysia, malah rakyat di Jepun yang telah menontonnya juga memberikan ulasan yang amat positif mengenainya.

Akaun TikTok Boboiboy telah memuat naik sebuah video di mana beberapa penonton warga Jepun ditemu ramah. Pelbagai reaksi ditunjukan oleh mereka semua!

Reaksi Penonton

“Ia berlainan dengan anime. Babak pertama apabila semua orang bertemu itu, babak itu amat mengagumkan,” kata seorang wanita yang ditemu bual.

Katanya lagi, filem itu membuatkan dirinya rasa sangat terharu sehingga mengalirkan air mata.

“Saya nak tengok filem ini 2-3 kali lagi. Filem ini sangat menyeronokkan!” wanita itu menambah.

Selain itu, beberapa orang kanak-kanak juga ditemu bual mengenai filem yang ditonton oleh mereka itu.

Salah seorang daripadanya mengatakan, “Kalau saya boleh mechanize dengan sesuatu, ada sebuah robot roket dalam filem itu, saya nak mechanize dengannya!”

Ada juga seorang kanak-kanak yang teringin mechanize kan dirinya bersama Mechabot seperti mana yang dilakukan oleh watak Amato dalam filem itu.

Dalam filem itu juga, terdapat babak di mana Mechamato menggemari kuih karipap. Ia telah mencuit hati penonton di sana termasuklah seorang kanak-kanak yang amat comel.

“Nak makan apa?” soal seseorang kepadanya.

Currypie (karipap)!” jawabnya gembira.

Temu bual tersebut telah menampakkan pelbagai reaksi yang positif daripada rakyat Jepun. Kanak-kanak semuanya teruja dengan filem itu dan mengatakan bahawa ia amat menyeronokkan.

Tidak lupa juga, di pengakhiran video yang dikongsikan itu, mereka semua telah melaungkan kata-kata ikonik watak Amato.

Mesti semua tahu kan, apa kata-kata itu?

“Mechabot… Mechanize!”

@boboiboy

Mechamato Movie (Dubbing Bahasa Jepun) bakal ditayangkan di MALAYSIA mulai 25 January ini! 🇯🇵🇲🇾 #Mechamato #MechamatoMovie #メカアマト #メカアマトムービー

♬ original sound – MONSTA – MONSTA

Sumber: Boboiboy via TikTok

BACA JUGA: Batalkan ‘Annual Dinner’, Bos Bagi Duit Kepada Pekerja

Nurul Alya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.