Siakap Keli
bahasa sebenar zoragon
Gambar: ZD Studio

Lepas 19 Tahun Baru Tahu Bahasa Sebenar Diguna Zoragon Dalam Senario XX

Lepas 19 Tahun Baru Tahu Bahasa Sebenar Diguna Zoragon Dalam Senario XX

Senario XX merupakan filem arahan keempat Aziz M. Osman bersama kumpulan Senario, yang diterbitkan pada tahun 2005. Walaupun ditayangkan sejak 19 tahun lepas, filem Sci-Fi arahan Aziz M Osman ini masih menjadi buah mulut orang ramai sehingga hari ini.

Filem ni bercerita tentang makhluk asing bernama Zoragon yang berasal dari Zuhal. Namun secara tak sengaja Zoragon mendarat di Malaysia setelah kapalnya rosak diserang penjahat. Disebabkan dia mendarat di sebuah kampung, kekecohan timbul sampai ada yang sangka Zoragon ini jelmaan hantu polong.

Dalam pada itu, jalan cerita serta dialog Senario XX masih segar di ingatan penonton. Tambahan pula, kemunculan pelakon jelita, Fazura serta chef kegemaran ramai, Chef Wan menambahkan lagi seri filem ini.

Ayat ‘marang prapu kepunden parang skepper’ yang disebut dalam filem ini merupakan nama spesies kucing di planet Zuhal. Ia diilhamkan daripada filem Seniman Bujang Lapok apabila watak Sudin memakai pakaian askar Siam dan memegang watak menteri Marang Prapu Kepunden Parang Skepper.

BACA: “Doa-Doakan,” Aziz M.Osman Beri Bayangan Kumpulan Senario Bakal Buat ‘Come Back’, Ubat Rindu Peminat

Filem ikonik yang mempunyai ‘bahasa’ yang tersendiri antara yang melonjakkan lagi filem Senario XX. Dari dulu mesti anda tertanya-tanya bahasa apa yang digunakan oleh makhluk asing ini?

Kalau anda nak tahu, sebenarnya Zoragon bercakap dalam Bahasa Melayu. Menerusi TikTok ZD_Studio, dia menjelaskan bagaimana bahasa yang dituturkan Zoragon dihasilkan.

Pihak produksi filem Senario XX telah membuat suntingan ‘reverse speed’ audio di mana apabila suntingan ini dibuat, sari kata yang dikeluarkan adalah sama seperti yang dituturkan Zoragon.

Dalam video tersebut, terdapat dua suntingan yang ditunjukkan oleh pengguna TikTok ZD_Studio. Selain menghasilkan bunyi yang unik, kebijakan Aziz M. Osman dan pihak produksi menghasilkan bahasa yang dituturkan makhluk asing ini ternyata membuatkan ramai orang kagum.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terkejut dan ada juga yang tahu tentang perkara ini.

“Apa nak pening buat bahasa susah-susah. Pakai bahasa biasa selepas itu terbalikkan. Pandai Aziz M Osman,” kata seorang netizen.

“Uish aku baru tahu weh. 22 tahun aku hidup” kata seorang lagi netizen.

@zd_studio

Zoragon dah lama rancang..siapa je yang lalai..? 😂 #filemmelayu #senario #senarioxx #alien #alienconspiracy #area51 #konspirasi #teori #fyp #fypシ゚viral

♬ Browser History OST – Jai P.

Sumber:ZD_Studio via TikTok

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.