Siakap Keli
penyanyi terkenal dadah
Gambar: Sinar Harian

Penyanyi Terkenal Didakwa 2 Tuduhan Memiliki & Mengambil Dadah

Penyanyi Terkenal Didakwa 2 Tuduhan Memiliki & Mengambil Dadah

Penyanyi dan bekas vokalis sebuah kumpulan rock popular didakwa di Mahkamah Sesyen dan Majistret atas dua pertuduhan memiliki dan mengambil dadah pada 2019.

Tertuduh yang berumur 46 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapannya.

Menurut Sinar Harian, untuk kertas pertuduhan pertama penyanyi itu didakwa didakwa memberi dadah kepada diri sendiri di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Johor Bahru Utara pada jam 2 pagi, 9 september 2019.

Selain itu, dia juga didakwa mempunyai kesalahan berulang dengan memberikan dadah kepada diri sendiri pada 2016 dan 2018.

Memetik Sinar Harian lagi, pendakwaan dibuat di bawah seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika disabit bersalah, tertuduh boleh dihukum di bawah seksyen 39C (1) (B) akta sama.

Kes tersebut telah dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Bariah Jalil dan tertuduh pula telah diwakili peguamnya iaitu Azlina Abdul Aziz.

Dalam pada itu, dia juga didakwa dalam pertuduhan kedua iaitu memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 0.17 gram.

Dia didapati memiliki dadah itu pada 8 September pada jam 11.35 malam di Taman Perling.

Pertuduhan kedua dibuat dibawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 12 (3) akta yang sama.

Dalam pertuduhan kedua itu, pendakwaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqilah Ahmad Rofaei dan Mamat pula diwakili peguam yang sama.

Terdahulu, peguam yang mewakili tertuduh telah memohon anak guamnya di Mahkamah Sesyen untuk mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Permai. Permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Permohonan itu kemudiannya diluluskan oleh Fatimah dan menetapkan tarikh 22 Februari depan untuk sebutan semula kes termasuk laporan perubatan.

BACA: Nak Pergi Haji Tapi Guna Duit Pinjaman? Ini Jawapan Dari Sudut Hukum

Sumber: Sinar Harian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka