Muncul Sejak Zaman Greek & Rom, Kenali Sejarah & Maksud Falsafah Stoicism
Sejak berkurun lama, manusia daripada pelbagai tamadun dan zaman mencipta pelbagai falsafah yang sebahagiannya diamalkan atau ada pengikut tersendiri sehingga ke hari ini.
Secara umumnya, falsafah adalah sebuah kajian mengenai sesuatu pengalaman manusia dan kemudian terhasil pelbagai teori.
Kebanyakan falsafah terkemuka yang ada diperkenalkan oleh ahli-ahli intelektual yang berpengaruh dalam tamadun lampau antaranya Plato, Aristotle dan ramai lagi.
Namun pernahkah anda mendengar mengenai falsafah Stoicism? Agak-agak, siapakah individu pertama yang membawa gagasan ini?
Siapa pula yang mengembangkan idea tersebut sehingga ke hari ini? Lebih-lebih lagi, baru-baru ini terma stoicism menjadi popular di media sosial.
Maksud Stoicism

Menurut Britannica, Stoicisme (Stoicism) merupakan satu pemikiran atau falsafah yang tinggi dan paling agung dalam tamadun barat.
Ketika menggesa penglibatan dalam hubungan manusia, golongan Stoik percaya yang matlamat semua pencarian adalah mempersiapkan cara respon dan tingkah laku manusia yang berpandukan ketenangan fikiran dan nilai moral.
Tidak seperti Socrates yang membawa falsafah mengenali diri sendiri, Stoicism lebih kepada rasionaliti iaitu cara bagaimana manusia merespon terhadap dunia luar.
Manakala Kamus Cambridge pula mentakrifkan Stoicism sebagai kualiti dimiliki seseorang individu yang apabila berdepan keperitan atau masalah, individu tersebut tidak mengeluh atau tidak beremosi.
Sementara itu portal Hotslee memberitahu, Stoicism diciptakan untuk membantu manusia menjalani kehidupan yang terbaik.
Falsafah ini cuba memaksimumkan emosi positif dan mengurangkan emosi negatif bagi membantu individu tersebut mengasah budi pekerti mereka.
BACA: Kenali Pencipta Trofi Piala Asia AFC
Pada mana-mana saat, situasi atau fasa kehidupan, Stoicism cuba menyediakan kerangka bagaimana mahu menjalani kehidupan dengan baik.
Stoicism juga cuba mengingatkan manusia perkara yang benar-benar mustahak dan menyediakan strategi yang boleh dipraktikkan dalam mendapatkan hasil yang terbaik.
Selain itu, Stoicism juga turut ‘bermain’ dengan beberapa persoalan besar dalam kehidupan dan cuba menawarkan jawapan.
Antara soalan yang sering diajukan adalah seperti “Apakah tujuan hidup?” dan “Apakah perkara yang paling mustahak?”.
Perbincangan falsafah Stoicism sebenarnya sangat mendalam. Namun secara ringkas, prinsip-prinsip Stoicism memberi fokus kepada bagaimana mahu menjalani kehidupan bermoral, memaksimumkan kebahagiaan dan mengurangkan negativiti.
Ciri-Ciri dan Perkembangan Stoicism
Stoicisme ini berasal daripada falsafah Helenistik (zaman peralihan) yang bertapak di Athens. Ia diasaskan oleh seorang ahli falsafah Stoik iaitu Zeno dari Citium (Cyrus).
Falsafah ini telah lama wujud sejak zaman Yunani, Rom dan Purba Klasik sekitar 300 Sebelum Masihi.

Siapa Golongan Stoik?
Golongan Stoik merujuk kepada segelintir pemikir yang membantu dan membentuk falsafah Stoik.
Ramai tokoh terkenal dalam tamadun manusia menjadi penggerak kepada falsafah ini, antaranya adalah Maharaja Empayar Rom, Marcus Aurelius.

Difahamkan, Aurelius bersungguh-sungguh menghayati dan mengamalkan falsafah stoik tersebut.
Aurelius dipercayai menulis setiap malam dalam jurnal mengenai perjuangannya untuk hidup sebagai manusia terkawal, bijak dan berakhlak mulia.
Hasil penulisannya kemudian dikumpulkan dan diterbitkan dalam bentuk karya bertajuk “Meditasi”.
Karya berkenaan berkisarkan pandangan dan pemikiran seorang individu yang menghayati Stoicism dan menjadikan dirinya contoh tentang bagaimana falsafah ini boleh membantu individu menangani situasi tertekan.
BACA JUGA: Kenali Sadd El-Kafara, Empangan Tertua Di Dunia
Selain Maharaja Marcus Aurelius, tokoh-tokoh Stoicism lain adalah Lucius Annaeus Seneca dan Epictetus.
Sumber: Britannica, Cambridge Dictionary, Holstee