Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Thaipusam: Rondaan Aman Di Batu Caves Dalam Setiap Lapan Jam – Polis 

Iqbal Yasir
rondaan aman thaipusam
Gambar: Bernama

Thaipusam: Rondaan Aman Di Batu Caves Dalam Setiap Lapan Jam – Polis

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) — Polis akan membuat rondaan aman dalam setiap lapan jam bagi mengawal keselamatan dan ketenteraman awam sepanjang sambutan Thaipusam di Batu Caves, esok, yang dijangkakan dihadiri ramai pengunjung.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S.Sasikala Devi berkata rondaan lapan jam berkenaan adalah untuk satu shif penugasan.

“Saya meminta orang ramai yang hadir ke Batu Caves diminta berwaspada dan menjaga barang berharga masing-masing. Saya berharap sambutan Thaipusam pada esok berjalan lancar dan tiada sebarang insiden yang tidak baik berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas beramah mesra bersama pengunjung-pengunjung di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves, di sini, hari ini.

BACA: Dua Pemancing Sudah Berbaik, Perselisihan Faham Selesai

Isnin lepas, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilapor berkata seramai 1,600 pegawai dan anggota polis ditugaskan bagi memastikan kelancaran sambutan serta keselamatan orang ramai, selain beberapa pusat kawalan statik disediakan bagi memudahkan pengunjung mendapatkan perkhidmatan dan membuat laporan polis.

Sumber: BERNAMA