Siakap Keli
trackless tram putrajaya
Kredit: Facebook

Trackless Tram Diuji Di Putrajaya, Naik Percuma 1-4 Februari Ini

Trackless Tram Diuji Di Putrajaya, Naik Percuma 1-4 Februari Ini

Berita baik untuk warga Putrajaya dan penduduk sekitarnya apabila perkhidmatan trackless tram akan diuji di kawasan pentadbiran kerajaan itu.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Perbadanan Putrajaya dalam satu hantaran yang dimuat naik menerusi Facebooknya, kira-kira 11.13 pagi tadi.

Menurut kenyataan itu, fasa percubaan tram tanpa trek itu akan diadakan sempena Hari Terbuka Putrajaya 2024 bermula 1 hingga 4 Februari.

“Kejutan untuk anda. Perkhidmatan trackless tram di Putrajaya secara tempoh percubaan akan bermula sempena Putrajaya Open Day 2024.

“Jangan lepaskan peluang untuk mencuba sendiri projek rintis Transit Aliran Automatik (ART) di Putrajaya secara percuma,” kata hantaran tersebut.

Fasa ujian tersebut dipercayai akan diadakan di laluan panjang berhampiran Dataran Putrajaya dan gerbang Perbadanan Putrajaya.

https://www.facebook.com/100064746428641/posts/800945885406952/

Selain Putrajaya, terdapat beberapa negeri lain telah menggunakan tram sebagai salah satu mod pengangkutan awam kepada khalayak.

Pada 2018, Jabatan Penerangan Negeri Johor memaklumkan bahawa kerajaan negeri akan memperkenalkan sistem tram di Bandaraya Johor Bahru.

Menurut hantaran yang dibuat di Facebook, sistem komuter yang dicadangkan akan bermula daripada Kulai ke bandaraya Johor Bahru.

Tram yang dibawa masuk memiliki kemampuan untuk bergerak dengan kelajuan sehingga 70 kilometer sejam dan boleh membawa lebih 300 penumpang dengan tiga buah gerabak.

Selain Johor, Sarawak juga dijangka bakal memiliki sistem tram tanpa trak  berfokus di bandar Kuching yang dijangka beroperasi pada 2025.

Kenali trackless tram

Trackless tram muncul daripada perkembangan teknologi kereta api laju dan pelbagai versi maju trackless tram telah dibangunkan dalam tempoh 20 tahun.

Pada 2017, Syarikat Kereta Api China (CRRC) kemudian telah memperkenalkan tram pandu sendiri yang dikenali sebagai ART.

ART mempunyai karakter pengangkutan seperti kereta api ringan, namun dapat dibina dengan kos yang jauh lebih murah.

Sistem ini tidak memerlukan trek khas dibina dan bergerak di atas jalan biasa menggunakan sistem tayar getah.

ART juga tidak memerlukan pemandu kerana pergerakan dikawal oleh teknologi canggih seperti teknologi optical, lidar, radar dan GPS.

Selain itu, ART juga merupakan pengangkutan dwi-arah dan banyak gerabak serta dilengkapi dengan sistem keselamatan dan komunikasi terkini.

Ia menjadikan pengalaman penggunaan yang lebih selamat dan mudah.

BACA: Mudah & Pantas, Tip Nak Hilangkan Rasa Pijar Cili Pada Tangan

Sumber: Perbadanan Putrajaya & Jabatan Penerangan Negeri Johor via Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: