Siakap Keli
tangan pijar cili
Kredit: TikTok

Mudah & Pantas, Tip Nak Hilangkan Rasa Pijar Cili Pada Tangan

Mudah & Pantas, Tip Nak Hilangkan Rasa Pijar Cili Pada Tangan

Cili merupakan antara bahan masakan yang penting dalam dunia kulinari, khususnya di Malaysia.

Secara lazimnya, cili banyak digunakan dalam masakan tempatan kerana rata-rata rakyatnya yang gemar dengan masakan pedas.

Biasanya, cili merah, cili hijau dan cili padi adalah antara cili tempatan yang selalu menjadi pilihan tukang masak. Selain itu, variasi cili kisar dan cili kering juga ada fungsinya yang tersendiri dalam masakan.

Kesemua jenis cili pula ini digunakan mengikut jenis masakan dan tahap kepedasan yang dikehendaki oleh seseorang.

Dengan ini, tidak hairanlah cili menjadi salah satu bahan masakan wajib dalam satu isi rumah di Malaysia.

Namun begitu, pernah tak anda mendapati tangan terasa berpijar ketika mengendalikan cili, lebih-lebih lagi jika untuk tempoh yang lama.

Kita dapat merasa sensasi yang panas dari bahagian tangan dan bahagian tersebut seakan-akan berdenyut-denyut.

Apabila berpijar, tangan menjadi sangat tidak selesa dan boleh mengganggu aktiviti harian.

Seorang pengguna Tiktok telah bekongsi tip untuk menghilangkan rasa pijar akibat memegang cili dalam masa yang agak lama.

Pengguna TikTok yang dikenali dengan nama Pak Man (@pakman3590) berkongsi tip bagaimana mahu menghilangkan rasa pijar tersebut dengan pantas.

Bahan yang diperlukan untuk menghilangkan rasa pijar ini juga adalah bahan yang biasa ada di dapur, iaitu hanyalah beras.

Apabila tangan mula terasa pijar, anda hanya perlu memasukkan tangan tersebut ke dalam bekas yang diisi dengan beras dan membiarkannya buat seketika.

pijar hilang cili
Kredit: TikTok

Ujar Pak Man, tiada tempoh masa yang ditetapkan tetapi anda boleh memasukkan tangan ke dalam beras sehingga rasa pijar tersebut hilang.

“Dalam beras ini sejuk. Jadi tangan yang pijar tadi akan merasa sejuk dan rasa pijar tersebut akan hilang,” katanya.

@pakman3590

Membalas kepada @norsyud605 #petua#orangtuatua #tips #RoadToTikTokAwardsMY #hilangkanpijar #resepipakman

♬ original sound – pak man – pak man

Pak Man juga meminta pengikutnya untuk berkongsi pengalaman mengalami rasa pijar dan cara untuk mengatasinya.

Pada ruangan komen, kebanyakan pengguna TikTok berkata bahawa mereka selalu menggunakan minyak masak untuk menghilang rasa pijar.

Ada juga yang memberikan tip lain seperti merendam tangan dalam air suam bercampur garam atau melumurkan tangan dengan garam.

Semoga bermanfaat.

BACA: Fenomena “Penghijaban Bulan & Seven Sisters” Berlaku Malam Esok

Sumber: @pakman3590 via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma