Bukan Sembarangan Sirap, Minum Segelas Mesti Tak Cukup Kalau Ikut Resipi Ni
Air sirap antara minuman yang sering disediakan di majlis perkahwinan. Meskipun ia hanyalah air sirap namun ia mampu menghilangkan dahaga buat mereka yang sedang mencari air.
Kadang-kadang para ibu sering meletakkan air sirap di dalam peti ais sebagai minuman pilihan buat anak-anak selepas penat pulang dari persekolahan atau pekerjaan.
Memang tidak dinafikan, sirap adalah minuman paling mudah untuk dibuat dan menjadi pilihan para ibu untuk dihidangkan ketika tetamu hadir.
Walau bagaimanapun, jika mahukan kelainan dalam air sirap harian, ikuti resipi di bawah ini untuk dapatkan sirap yang lebih ‘kaw’ dan yang pasti tetamu pun lebih suka.
BACA: Air Dalam Mesin Basuh Tak Ikut “Level” Yang Ditetapkan, Rupanya Kena Tukar Ni Je
Resipi Air Sirap Mak Su
Satu lagi resepi yang saya pelajari ketika berada di kampung Pulau Pinang. Kali ini belajar dengan mak su.
Air sirap ini adalah air wajib ada dalam peti ais. Kalau sampai di kampung, air inilah yang akan dicari terlebih dahulu.
Air sirap ini tidak pernah berubah rasa sejak pertama kali saya minum pada tahun 2006 hingga kini.
Air sirap je pun!
Sirap bukan sebarang sirap tau, rasanya bukan main sedap lagi. Boleh terbawa-bawa sampai mimpi. Hihihi.
Cara buat air sirap

Bahan-bahannya seperti berikut:
1 Kg gula pasir
1 Sudu besar jintan manis
1 Sudu besar buah pelaga
2 Helai daun pandan
2 Sudu sirap
Air secukupnya
Cara-caranya:
Semua bahan tersebut disatukan dan dididihkan sehingga pekat mengikut cita rasa masing-masing. Lagi lama dimasak, lebih bagus.
Campuran jintan manis dan buah pelaga akan membangkitkan aroma dan rasa air sirap yang sedap.
Ditambah pula dengan wangian daun pandan.
Selepas siap dimasak, biarkan sejuk kemudian ditapis dan disimpan.
Apabila hendak minum, ambil dan bancuh dengan air.
Selamat mencuba!
Semoga manfaat resepi ini akan mengalirkan pahala berterusan buat mak su.
Sumber: Azizah Zainudin via MAHN