Air Dalam Mesin Basuh Tak Ikut “Level” Yang Ditetapkan, Rupanya Kena Tukar Ni Je
Mesin basuh merupakan salah satu alatan yang dianggap penting di rumah bagi membasuh pakaian. Kehadiran barangan elektrik ini tentunya memudahkan urusan harian di rumah.
Namun, bagi yang memiliki mesin basuh yang agak lama tentunya mengalami pelbagai masalah seperti saluran air paip perlahan, pengering mesin basuh tidak berputar dan termasuklah masalah air tidak mengikut paras yang ditetapkan.
Oleh itu, mari ikuti perkongsian seorang pemillik akaun TikTok @hairulvcool atau dikenali sebagai Hairul mengenai solusi masalah ini.
Punca Air Tak Ikut Water Level

Dalam video berkenaan, Hairul memaparkan salah satu mesin basuh yang mempunyai masalah air tidak mengikut tahap yang ditetapkan.
Jelasnya, masalah tersebut berpunca daripada hos paip yang berada di belakang. Apabila diperiksa hos itu mengalami kebocoran.
“Air tak ikut level, so bila saya pasang, anda akan dapati ada bocor dekat sini. So kat mana dia bocor dan apa sebab dia bocor?” katanya dalam video itu.
BACA JUGA: Letak Gear N Ke D? Lelaki Tunjuk Apa Yang Berlaku Pada “Gearbox” CVT
Punca hos paras air bocor adalah disebabkan bergeser dengan penutup belakang mesin sewaktu ia berfungsi.
Tambahnya, sekiranya hos mengalami kebocoran, secara automatik air yang dimasukkan ke dalam mesin basuh tidak akan mengikut paras yang ditetapkan.
“Kalau kita letak low, dia akan pergi pada medium. Kalau kita letak pada medium, dia akan pergi sampai dekat high.
“Tapi kalau lubang tu bocor terlampau besar, automatically air sampai penuh, mesin tak jalan-jalan,” ujarnya.
Tukar Hos Water Level

Hairul juga memberitahu, pastikan hos yang ingin ditukar baharu mempunyai panjang yang sama dengan hos terdahulu.
Jika hos yang digunakan terlebih panjang mahupun pendek, paras air mesin basuh juga tidak berfungsi dengan betul.
Selain itu, penukaran hos ini mestilah dipasang dalam keadaan mesin tidak mempunyai air di dalamnya (selepas spin). Jika tidak, mesin tidak boleh beroperasi dengan betul.
Semoga bermanfaat. Untuk lebih jelas, boleh tonton video di bawah.
@hairulvcool punca mesin basuh air tak ikut level
Sumber: TikTok @hairulvcool