Siakap Keli
ADUN Pantai Jerejak
Kredit Sinar Harian

ADUN Pantai Jerejak Tawar Diri Untuk Dipotong Pencen

ADUN Pantai Jerejak Tawar Diri Untuk Dipotong Pencen

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Pulau Pinang, Fahmi Zainol menjadi ahli politik pertama yang menawarkan diri untuk dipotong pencen perkhidmatan.

Memetik Sinar Harian, beliau berpendapat bahawa pemansuhan skim pencen itu perlu diselaraskan dengan melibatkan semua pihak.

Tindakan itu bukan hanya semata-mata untuk penjawat awam baru, tetapi wajar melibatkan ahli politik baharu dan yang berkhidmat sepenggal.

“Hal ini harus bergerak seiring, mungkin tidak adil bagi wakil rakyat yang telah berkhidmat dalam tempoh yang panjang dikenakan perkara yang sama.

“Namun begitu, bagi ahli politik yang baru atau berkhidmat sepenggal dilihat relevan untuk tidak memperoleh pencen,” katanya.

Ahli politik juga wajar terlibat dalam penghapusan Skim Pencen

Ahli Majlis Pimpinan Pusat Kedilan Malaysia (MPP) itu berkata, penghapusan Skim Pencen Perkhidmatan Awam di kalangan wakil rakyat dapat memberikan keadilan.

Malah ia juga dapat memastikan kesamarataan kepada semua tanpa mengira status sebagai ahli politik mahupun penjawat awam biasa.

Selain itu, tegas Fahmi Zainol lagi, pemansuhan pencen di kalangan ahli politik ini juga dilihat mampu mengurangkan perbelanjaan negara.

“Dengan adanya pemansuhan skim pencen ini, lebih banyak dana perbelanjaan mampu dijimatkan serta dapat disalurkan untuk keperluan lain yang lebih utama,” katanya.

Beliau juga berpendapat bahawa penggantian kaedah baharu skim pencen kepada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga wajar dilaksanakan.

Jika caruman KWSP dibuat, maka manfaatnya boleh dinikmati oleh menteri atau ahli politik bergantung kepada jumlah pelaburan tabungan tersebut.

“Hal ini dilihat adil kerana ia bergantung kepada apa yang dilaburkan berbanding dengan skim pencen.

“Walau hanya berkhidmat sepenggal namun wakil rakyat mendapat ‘pampasan’ melebihi hasil yang dilakukan.

“Kesimpulannya, pemansuhan skim pencen dalam kalangan wakil rakyat wajar dilaksanakan supaya keadilan dan kesamarataan dapat dinikmati bersama.

“Saya turut berharap hasrat ini dapat direalisasikan bagi mewujudkan reformasi Malaysia yang lebih baik,” katanya.

Terdahulu, Kabinet bersetuju bahawa perjawatan penjawat awam baharu berstatus tetap pada masa akan datang tidak lagi berada di bawah skim pencen.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sendiri.

Kata beliau, satu pengumuman mengenai tempoh pelaksanaannya juga akan dibuat oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).

Menurut pengumuman itu, penjawat awam sedia ada tidak akan terjejas sebaliknya penjawat awam yang baharu akan membuat caruman menerusi KWSP.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Sumber: Sinar Harian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.