Siakap Keli
kereta halang ambulans
Gambar: Sinar Harian

Pemandu Tular Didakwa Halang Ambulans Didapati Ada Masalah Psikiatri

Pemandu Tular Didakwa Halang Ambulans Didapati Ada Masalah Psikiatri

Pemandu kenderaan dalam video tular yang didakwa menghalang ambulans di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Khamis lalu didapati ada masalah psikiatri, lapor Sinar Harian.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh, berkata video berkenaan dikesan selepas dimuat naik oleh sebuah portal media tempatan.

Kereta Halang Laluan Ambulans

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 5.35 petang itu melibatkan sebuah ambulans dipandu dari arah Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) menghala ke Ulu Kelang.

“Terdapat sebuah kereta jenis Toyota Camry dilihat berada di hadapan ambulas berkenaan dan tidak memberi laluan kepada ambulans yang memasang siren untuk penugasan kecemasan membawa pesakit itu,” katanya.

BACA: Sambut “Birthday” Ke-191 Tahun, Kenali Jonathan, Kura-Kura Paling Tua Di Dunia

Tambah Sarifudin, pemandu ambulans tersebut kemudian hadir ke Balai Polis Trafik untuk membuat laporan berhubung kejadian berkenaan.

“Selain itu, pemandu Toyota Camry yang merupakan seorang wanita berumur 41 tahun turut dibawa sama ke balai berkenaan untuk siasatan lanjut.

“Bagaimanapun wanita terbabit didapati menghadapi masalah psikiatri dan telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bagi tujuan rawatan serta mendapatkan laporan perubatan,” katanya lagi.

Tambah Sarifudin, pihak polis menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Balai Polis Trafik, Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69.”

Terdahulu pada Jumaat, klip video kejadian yang berdurasi seminit itu mula tular di media sosial dan pantas menarik perhatian warga maya.

Rata warga maya yang menonton video berkenaan mengencam perbuatan tersebut dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas pemandu berkenaan.

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

Sumber: Sinar Harian

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.