Siakap Keli
Dana tambahan RM5 juta
Kredit Facebook/Hannah Yeoh

Ini Penjelasan Mengapa PM & KBS Bagi Dana Tambahan RM5 Juta Kepada FAM

Ini Penjelasan Mengapa PM & KBS Bagi Dana Tambahan RM5 Juta Kepada FAM

Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh hari ini memberi penjelasan berkenaan pemberian dana tambahan sebanyak RM 5 juta kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menurut Hannah, suatu ketika dahulu beliau turut tertanya-tanya mengapa kerajaan memberikan peruntukan yang banyak kepada sukan bola sepak.

Namun hari ini, apabila beliau menjadi menteri di KBS, barulah beliau memahami tujuan di sebalik keputusan itu dibuat.

“Para peminat sukan paling popular di Malaysia ini tanya bagaimana Kerajaan boleh bantu pasukan Harimau Malaya untuk terus maju lagi.

“Sasaran kita untuk mereka terus layak ke Piala Asia. Tapi tanpa dana, bagaimana mereka boleh bersaing?

“Mari kita bandingkan dana pihak lawan,” kata Hannah.

Beliau seterusnya berkongsi satu jadual yang membandingkan jumlah dana yang diterima pasukan lawan di Piala Asia dengan Malaysia.

Jadual itu menunjukkan, sukan bola sepak di Korea Selatan menerima dana sebanyak RM376 juta.

Sebanyak RM94 juta diperuntukkan untuk pasukan kebangsaan dan RM42.3 juta untuk pembangunan.

Manakala Jordan pula menerima dana sebanyak RM84.6 juta dan daripada jumlah tersebut, RM23.5 juta dikhaskan untuk pasukan kebangsaan.

Seterusnya, sebanyak RM14.1 juta pula disediakan untuk pembangunan sukan tersebut.

dana rm 5 juta fam
Gambar: Hannah Yeoh

Bahrain pula menerima sebanyak RM84.6 juta daripada kerajaan. Sebanyak RM28.2 juta disalur kepada pasukan kebangsaan dan RM9.4 juta untuk pembangunan.

Angka berkenaan jauh berbeza dengan dana yang diterima oleh persatuan bola sepak di Malaysia.

Persatuan bola sepak hanya menerima sebanyak RM38 juta. Daripada jumlah tersebut, hanya RM7 juta sahaja dikhaskan untuk pasukan kebangsaan dan RM2 juta untuk tujuan pembangunan.

Hannah juga menjelaskan bahawa pasukan Malaysia memerlukan pendedahan yang banyak di luar negara.

“Sekali terbang bukan murah. Dana RM5 juta ini hanya mampu membantu kurangkan beban kewangan FAM.

Bagaimanapun, Hannah menjelaskan dana tambahan sebanyak RM5 juta itu diberi dengan bersyarat.

“FAM masih perlu cari dana tambahan. Kementerian Kewangan sudah letakkan syarat-syarat untuk memantau penggunaan dana ini oleh FAM.

“Tidak boleh digunakan untuk kos operasi pejabat, bil utiliti dan pembayaran emolumen. Dana ini boleh diaudit bila-bila,” tambahnya lagi.

Beliau juga yakin suka bola sepak semakin menunjukkan kemajuan dari semasa ke semasa.

“Sebagai kerajaan, kita bantu setakat yang mampu.

“Saya yakin dengan penambahbaikan lain yang KBS akan laksanakan melalui insentif cukai dan program pembangunan bakat, kita boleh terus melangkah ke hadapan,” kata Hannah.

Selain itu, beliau berpendapat adalah wajar Perdana Menteri dan KBS membuat keputusan untuk menyalurkan dana tambahan kepada FAM.

Hal ini kerana bola sepak adalah sukan rakyat dan Malaysia telah menunjukkan taringnya dalam perjalanan menuju Piala Asia dan semasa bertanding di Piala Asia.

“Rata-rata penyokong bola sepak negara sangat menghargai usaha yang telah dilakukan oleh Harimau Malaya,” kata Hannah lagi.

KBS akan bertemu Kim Pan Gon untuk berbincangan tentang hala tuju bola sepak

Beliau dalam pada itu berkata, KBS akan mengadakan pertemuan dengan Kim Pan-gon dalam masa terdekat.

Pertemuan tersebut antara lain untuk mendengar perancangan jurulatih tersebut bersama skuad kebangsaan di masa akan datang.

“Kita perlu selalu percaya kepada proses. Lambat atau cepat, saya pasti Harimau Malaya akan berjaya suatu hari nanti.

”Saya mahu fokus kerja di hadapan. Majulah sukan untuk negara.”

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

https://www.facebook.com/hannahyeoh/posts/pfbid0sdxQGKCfFX42Ggi1vm7QpBrrZ4eygkZ7yDDEWK4W1X5e8ZoEg98wLDrMMw3aY6n5l

Sumber: Facebook/Hannah Yeoh

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.