Siakap Keli
kereta baru cepat rosak
Gambar via Altimat Saujana Utama

Kereta Baru Cepat Rosak Kalau Buat Tabiat-Tabiat Ni

Kereta Baru Cepat Rosak Kalau Buat Tabiat-Tabiat Ni

Kebanyakan orang yang membeli kereta baru, pasti akan berfikiran bahawa servis kereta dibuat adalah pada waktunya.

Tapi, ada juga yang menyedari bahawa kereta baru yang dibelinya itu sudah mula mempunyai masalah setelah beberapa bulan menggunakannya.

Apakah punca kereta baru anda rosak? Haa, anda mesti ada tabiat-tabiat buruk ni kan? Seperti yang dikongsikan oleh seorang ‘brother’ (@altimatsaujana) di TikTok berkenaan dengan tabiat-tabiat buruk yang boleh merosakkan kereta baru anda.

Isi Minyak Bila Lampu Menyala

Ada dalam kalangan kita, pasti buat tabiat itu kan? Tabiat isi minyak bila lampu pada minyak itu menyala atau berkelip-kelip.

Menurut video tersebut, “Bila minyak korang paras dah sikit, tapi korang tak isi minyak lagi, dalam tangki tu ada habuk kotor-kotor,” ujarnya.

Jelasnya lagi, habuk yang kotor itu akan disedut oleh fuel pump dan apabila ia disedut fuel pump anda akan tersumbat. Ini akan mengakibatkan kerosakan pada fuel pump anda.

Tekan Brake Secara Mengejut

Tabiat itu juga sering dilakukan oleh kebanyakan orang. Apabila anda sering menekan brake secara mengejut, ia akan menyebabkan brake pad cepat haus.

Selain itu, brake disc anda juga akan mudah menjadi nipis. Jadi, anda dinasihatkan untuk menekan brake secara perlahan-lahan.

Tidak Panaskan Enjin Kereta

Mungkin ada sesetengah orang yang tidak gemar memanaskan enjin kereta terlebih dahulu sebelum memulakan pemanduan.

Melalui nasihat daripada video tersebut, anda dinasihatkan untuk memanaskan enjin kereta selama satu hingga dua minit.

Kepentingannya adalah ia dapat membantu untuk memastikan minyak enjin diagihkan pada seluruh enjin dalam kadar yang mencukupi serta membantu enjin mencapai suhu yang optimum.

Tidak Bawa Kereta Ke Bengkel

Pernah tak kereta anda tiba-tiba mengeluarkan bunyi yang pelik? Tetapi anda hanya menganggapnya sebagai satu perkara yang normal dan tidak membawa kereta untuk diperiksa.

Sepatutnya, jika anda terdengar bunyi yang pelik pada kenderaan, anda perlu membawanya ke bengkel. Dari situ, barulah boleh mengetahui sekiranya kereta itu mempunyai masalah atau tidak.

Bawa Lebih Muatan

Menurut video itu, jika anda sering membawa muatan yang berlebihan lebih-lebih lagi sekiranya kereta anda kecil, ia boleh merosakkan suspension kereta anda.

“Ia akan memendekkan jangka hayat suspension. Kalau selalu bawa muatan berat, kereta akan mengalami tekanan,” kata lelaki itu.

Selain itu, menurutnya lagi, ia juga akan menganggu pemanduan serta menjejaskan fungsi brake. Ia juga akan meningkatkan penggunaan bahan api kereta.

Jadi, anda perlulah pastikan diri anda tidak melakukan tabiat-tabiat buruk itu supaya kereta anda boleh dipakai dengan lebih lama.

@altimatsaujana

Kereta baru pun boleh rosak kalau korang amalkan tabiat buruk ni ! #bengkel #bengkelkereta #bengkelrepairkereta #bengkelservicekereta #bengkelsungaibuloh #bengkelsaujanautama #bengkelkeretasaujanautama #bengkelkeretasungaibuloh #automotive #automotif #bengkelrepairaircondkereta #bengkelserviceaircondkereta #aircondkeretataksejuk #aircondkeretapanas #aircondkeretabaubusuk #serviskereta #mekanik #mekaniktiktok #pomen #pometiktok #altimatautogarage #petronasautoexpert #bengkelmobil #mobilindonesia

♬ original sound – Altimat Saujana Utama – Altimat Saujana Utama

Sumber: @altimatsaujana/TikTok

BACA JUGA: Wanita Kongsi Cara Dapatkan Kerja Di Arab Saudi

Nurul Alya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: