Siakap Keli
isyarat tangan tunku azizah
Gambar: Bernama

Bukan “Rock”, Ini Maksud Isyarat Tangan Tunku Azizah

Bukan “Rock”, Ini Maksud Isyarat Tangan Tunku Azizah

Tanggal 30 Januari 2024 (hari ini) merupakan hari terakhir Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memegang gelaran Yang di-Pertuan (YDP) Agong ke-16 dan Permaisuri.

Kewibawaan dan perwatakan kedua-dua sosok itu sepanjang lima tahun pemerintahan negara sememangnya meninggalkan kesan mendalam di hati rakyat jelata.

Keberangkatan pulang oleh kedua-duanya telah diiringi dengan laungan azan yang syahdu bergema di perkarangan Istana Negara pada pagi Selasa sementara posisi Yang Di-Pertuan Agong baharu diserahkan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Antara momen mencuit hati Raja dan Permaisuri sewaktu keberangkatan pulang adalah mini love daripada Al-Sultan Abdullah dan isyarat tangan oleh Tunku Azizah.

Gelagat kedua-dua sosok pemerintah itu sempat diabadikan dalam sekeping gambar.

Lebih menarik, isyarat tangan yang dilakukan oleh Tunku Azizah mencuri perhatian ramai dan sebahagian orang ramai tertanya-tanya maksud disebaliknya.

Tunku Azizah “Sweet” Betul, Siap Guna Bahasa Isyarat Tangan

Gambar: Bernama

Mungkin ramai yang menyangka isyarat tangan yang dilakukan oleh Tunku Azizah adalah gaya “rock”, tetapi ia sebenarnya membawa maksud I Love You dalam bahasa isyarat.

Portal Lingvano memberitahu, isyarat tangan I love you (I-L-Y) menjadi simbol yang seringkali digunakan bagi golongan individu yang mempunyai masalah pendengaran dan bisu.

Bukan itu sahaja, ia juga sering digunakan oleh masyarakat untuk menyatakan perasaan.

Gambar: Myhealth

BACA: Tamat Pemerintahan Selepas 5 Tahun, Ini Biodata Ringkas Al-Sultan Abdullah & Tunku Azizah Aminah

Isyarat Tangan I Love You

Bermula dengan anak jari tangan diangkat menegak, ia merujuk kepada abjad I (Saya) manakala ibu jari dan jari telunjuk juga diangkat yang membentuk huruf L (Love atau Sayang).

Dalam pada itu, ibu jari dan anak jari tangan sebelah (kiri atau kanan) juga diangkat serentak yang menyatakan huruf Y (You atau Kamu).

Gambar: Lingvano

Senang je kan? Moga dengan perkongsian ini memberi sedikit sebanyak pencerahan mengenai bahasa isyarat.

Rata-rata pengguna media sosial yang tahu mengenai bahasa isyarat ini memuji Tunku Azizah. Dalam masa sama mereka turut meluahkan rasa hiba apabila melihat keberangkatan pulang tersebut.

Sementara itu, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia atas kesudian menerima kehadiran Seri Paduka berdua dan sokongan yang diberikan sepanjang tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, lapor Bernama.

“Sesungguhnya, ia menjadi sumber kekuatan dan dorongan kepada Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai Ketua Utama Negara sejak 31 Jan 2019.

“Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan rasa syukur kerana amanah dan tanggungjawab yang digalas, dilaksanakan dengan sepenuh kudrat keupayaan dan keikhlasan hati baginda.

“Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong bertitah, baginda berdua menamatkan tempoh pemerintahan dengan perasaan yang sedih kerana perpisahan ini, namun dengan perasaan gembira kerana berangkat pulang untuk bersemayam di Pahang Darul Makmur bersama dengan rakyat,” tulis Istana Negara dalam satu hantaran di Facebook.

Sumber: Lingvano

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?