Siakap Keli
kkm ubat antiretroviral
Sumber: Bernama

KKM Jalankan Siasatan, Beri Amaran Pada Individu Jual Ubat Antiretroviral

BACA: KKM Batal Notifikasi Dua Produk Kosmetik, Dikesan Kandungi Racun Berjadual

Sementara itu, KKM menasihati orang ramai untuk mendapatkan ubat dari sumber yang sah. Dalam masa sama, orang ramai perlu berhati-hati serta tidak mudah terpengaruh dengan mana-mana iklan atau testimoni di laman sesawang ataupun media sosial dengan tuntutan perubatan yang tidak munasabah.

“Orang ramai dan pihak media juga digalakkan untuk melaporkan serta menyalurkan maklumat berkenaan mana-mana ubat atau kosmetik yang meragukan sebagai tindakan bersama KKM.

“Ia dapat membanteras penggunaan dan penjualan ubat atau kosmetik yang tidak dibenarkan bagi melindungi kesihatan serta kesejahteraan orang awam,” tambah KKM lagi.

Orang awam boleh menyemak status pendaftaran ubat atau notifikasi kosmetik sebelum membuat sebarang pembelian melalui laman sesawang https://www.npra.gov.my di ruangan “Product Status”.

Anda juga boleh menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di talian 03-78835400 atau memuat turun aplikasi NPRA Product Status secara percuma melalui play store, App Store dan Huawei App Gallery.

Sumber: Laman X KKMalaysia

Athirah

When nothing goes right, go left.