Laungan Azan Syahdu Bergema Di Istana Negara Iringi Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong
Laungan azan syahdu dilaporkan telah bergema di Istana Negara pagi ini bagi mengiringi keberangkatan balik Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Laungan azan itu dibuat bagi menandakan tamatnya pemerintahan Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada hari ini.
Memetik BERNAMA, Seri Paduka dilihat melintasi pasukan Kawalan Kehormat Darjat daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja Kem, Wardieburn, Setapak ketika berangkat meninggalkan Istana Negara.
Keberangkatan Balik Baginda pada pagi ini menandakan tamatnya pemerintahan genap lima tahun Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Berita lanjut menyusul.
BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’
Laungan azan yang syahdu bergema di Istana Negara awal pagi ini, mengiringi keberangkatan balik Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 hari ini.
Ketika berangkat meninggalkan Istana Negara, Seri… pic.twitter.com/WZiQnVG4Yp
— BERNAMA (@bernamadotcom) January 30, 2024
Sumber: BERNAMA