Siakap Keli
cara peram buah buahan
Gambar: Ashraf Shuib via Facebook

Ni Cara Peram Buah-Buahan, Elak Buah Yang Dibeli Jadi Rosak

Cara Peram Buah-Buahan, Elak Buah Yang Dibeli Jadi Rosak

Bila anda pergi ke kedai buah dan membeli beberapa jenis buah, pasti anda pernah beli buah-buahan yang belum cukup masak, kan?

Buah yang belum masak itu kemudiannya diletakkan di rumah dengan hajat untuk memakannya apabila ia sudah masak. Tetapi, buah itu menjadi rosak sebelum anda sempat memakannya.

Jadi, apakah caranya untuk peram buah-buahan supaya ia tidak cepat rosak? Kalau nak tahu, ikuti perkongsian daripada Ashraf Shuib ini.

Ini cara yang boleh dilakukan untuk peram buah:

Cara pertama:

Masukkan buah yang ingin diperam dalam beg kertas dan diletakkan bersama dengan sebiji pisang yang dah masak. Kemudian tutup beg kertas. Jika tiada beg kertas, boleh gunakan kotak. Jangan letakkan dalam beg plastik.

Periksa buah yang diperam tu setiap hari untuk elakkan terlebih masak. Pisang masak cepat ranum kerana banyak keluarkan gas ethylene. Jadi, bila diletakkan bersama buah yang belum masak, buah tersebut akan cepat masak.

Selain pisang, boleh juga digantikan dengan epal kerana epal juga keluarkan gas ethylene yang banyak.

Cara kedua:

Basuh buah yang ingin diperam. Keringkan buah. Boleh lap dengan kain bersih atau tisu. Kemudian tanam keseluruhan buah di dalam beras. Periksa buah setiap hari.

Jangan lupa tengok dalam beras, nanti buah masak ranum, beras pula akan rosak.

Cara ketiga:

Letak calsium carbide (kabat) di atas kertas surat khabar. Renjiskan kabat dengan sedikit air. Bungkus calsium carbide dengan surat khabar.

Apabila calsium carbide terkena air, ia akan membebaskan gas acetylene. Gas acetylene juga berfungsi seperti gas ethylene,mempercepatkan proses buah masak.

Tetapi, anda perlu ingat bahawa calsium carbide mengandungi arsenic dan phosphorus, yang dikuatiri boleh menjejaskan kesihatan.

Tip:

Peram dulu buah dan hanya letakkan buah yang sudah masak ke dalam peti sejuk. Suhu sejuk akan melambatkan pengeluaran gas ethylene dan buatkan buah masak tersebut tahan lama.

Asingkan sayur-sayuran dan buah-buahan sebelum diletakkan di dalam peti sejuk. Buah yang diletakkan di dalam peti sejuk masih lagi akan keluarkan gas ethylene dan akan menyebabkan sayur lebih cepat rosak.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

https://www.facebook.com/ashrafshuib/posts/pfbid0RTpxCjYsW5Fbc3DRCFUCg7H1V2w1m4GCYfCvypC6oKWXQ4K2WuFbF8E55sTRNXkVl

Sumber: Ashraf Shuib

Nurul Alya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: